in

“Sangat menyakitkan” – Ms. Rachel Dibuli Netizen Kerana Tak ‘Peduli’ Semua Kanak-kanak?

Syaz Ft 71

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai influencers yang menggunakan platform mereka untuk bersuara mengenai apa yang sedang berlaku di tanah Palestin.

Bukan sahaja pempengaruh tempatan, ramai juga selebriti serta personaliti media sosial dari negara luar turut menggunakan platform mereka untuk mendesak agar menghentikan genosid yang kini sedang berlaku itu.


Artikel berkaitan: “Inilah cara yang betul!” –  Netizen Teruja Ms. Rachel Tunjuk Sokongan Buat Palestin

Artikel berkaitan: Ramona Zamzam Selar Selebriti Terhegeh-hegeh ‘Post’ Berkenaan Palestin Lepas Kena ‘Blockout’

Antara YouTuber terkenal yang menyuarakan berkenaan hal ini ialah Rachel Accurso atau lebih dikenali sebagai Ms Rachel, dia yang berasal dari Amerika Syarikat itu sinonim dengan content khas untuk kanak-kanak.

Dia baru-baru ini berkolaborasi dengan aplikasi Cameo untuk membantu kanak-kanak yang terkesan dengan peperangan termasuklah di Gaza, Congo serta Ukraine.

Pun begitu, menerusi laman media sosial miliknya, Ms Rachel dengan begitu sedih memberitahu bahawa dia dibuli dengan teruk oleh netizen yang merasakan dia tidak berlaku adil dan hanya ingin membantu sesetengah kanak-kanak sahaja.

@msrachelforlittles

I care deeply for all children. Palestinian children, Israeli children, children in the US – Muslim, Jewish, Christian children – all children, in every country. Not one is excluded. I think part of why people respond to the show is they feel that care – I see every child as I see my own. I love every neighbor. Any child suffering is on my heart. To do a fundraiser for children who are currently starving – who have no food or water – who are being killed – is human

♬ original sound – Ms Rachel

“Mereka (netizen) buli sangat sangat teruk tapi saya masih bertahan. Mereka cakap saya tak kisahkan semua kanak-kanak dan itu sangat menyakitkan.

Saya sayangkan jiran saya, saya sayangkan kanak-kanak, saya bayangkan seorang ibu yang tidak dapat memberikan makan atau beri anak mereka air yang bersih atau menjaga keselamatan anak mereka,” luahnya.

Pun begitu, Ms Rachel berkata dia akan sentiasa kuat untuk menempuhi pembuli maya ini dan akan sentiasa membantu kanak-kanak yang kini berada dalam konflik peperangan.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.