Dua tiga hari ini, berlegar di media sosial isu kekejaman tentera Zionis terhadap penduduk Palestin pada bulan Ramadan yang mulia ini apabila mereka menyerang Masjid Al-Aqsa ketika jemaah sedang melakukan solat tarawih.
Insiden ini telah mendapat perhatian netizen di media sosial yang menyebarkan isu tersebut untuk pengetahuan ramai. Walau bagaimanapun, ramai yang mengadu post mereka dipadam oleh pihak Facebook, Instagram dan Twitter atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
Puluhan rakyat Palestin termasuk kanak-kanak dilaporkan cedera selepas tentera rejim Israel lancar serangan besar-besaran di Masjid Al-Aqsa malam tadi ketika jemaah menunaikan solat tarawih.@BuletinTV3 pic.twitter.com/DQa4FiiOIp
— Yasir Mansor (@YasirMNewsMPB) May 7, 2021
Model Amerika, Bella Hadid bersuara isu Palestin
Mungkin tidak ramai yang tahu, model Amerika, Bella Hadid ini sebenarnya berdarah Palestin dan dia sendiri sangat berbangga dengan asal usul dirinya dari negara tersebut.
Terkejut dengan apa yang menimpa Palestin pada ketika ini, Bella telah meluahkan rasa kecewanya di Instagram dengan beberapa siri instastories yang menceritakan isu yang sedang berlaku di negara tersebut.
Bella juga berkongsi posting tentang apa yang berlaku di Sheikh Jarrah, sebuah penempatan di Baitulmuqaddis yang sedang bergolak di mana rumah penduduk dirampas oleh orang Israel.
Kasihan sangat bila tengok video-video tu. Penduduk ini dihalau keluar dari rumah mereka tanpa belas kasihan.
Saya dan adik beradik, kami berbicara di grup chat keluarga setiap hari. Kebanyakannya mengenai Palestin dan segala yang berlaku sekarang. Sangat susah nak cakap tentang apa yang saya rasa sekarang.
“Saya rasa kesakitan nenek moyang saya. Saya menangis untuk mereka. Saya menangis untuk saudara-saudara Palestin saya, yang mana mereka kini berasa tidak selamat dan ketakutan.
“Perkara ini harus dihentikan, TIADA ruang untuk perkara ini berlaku pada tahun 2021! Adik saya Alana, menulis dengan sempurna apa yang saya rasa hari ini. Kami sangat berbangga menjadi rakyat Palestin dan kami berdiri di sisi Palestin,” tulisnya.
“Antara selebriti terbaik saya pernah kenal, selalu support Palestin”
Rata-rata netizen di media sosial menyokong tindakan Bella Hadid yang berani bersuara mengenai isu Palestin. Malah ada juga di kalangan netizen yang beritahu, posting Bella mengenai Palestin juga pernah dipadam Instagram atas alasan melanggar peraturan komuniti.
https://twitter.com/NainaRaathore/status/1391103330592595971
https://twitter.com/circassianbun/status/1391084241778364416
https://twitter.com/itshaayaz/status/1390742528354308104
https://twitter.com/sara_saysstuff/status/1391532170427109378
Selain Bella, penyanyi Dua Lipa juga katanya buat perkara yang sama. Salute dengan artis-artis yang lantang berbicara isu penindasan di Palestin ni.
Baca: Masjid Al- Aqsa Diserang Tentera Zionis Ketika Solat Terawih, 184 Jemaah Cedera