Bagi pemandu yang kerap menggunakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur, pasti anda pernah nampak kawasan kotak merah di persimpangan.
Tahukah anda, kereta sebenarnya tidak boleh berhenti di ruangan tersebut?
KUALA LUMPUR: Hati-hati ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di sekitar bandaraya ini, kerana anda mungkin disaman disebabkan berhenti pada ‘ruangan’ yang salah. pic.twitter.com/xkJmlj8ia9
— Berita Harian (@bharianmy) July 7, 2023
Menurut satu video pendek yang tular di Twitter, beberapa buah kenderaan telah disaman kerana berhenti di dalam petak merah tersebut.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa petak itu sebenarnya untuk pengguna motosikal berhenti sahaja.
Jika ada kereta yang berhenti, saman akan dikenakan terhadap pemandu tersebut.
Bukan itu sahaja, pemandu motosikal yang berada di luar petak yang dikhaskan juga boleh disaman!
Menurut laporan oleh Buletin TV3, perkara ini juga telah disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Shuhaily Mohd Zain.
“Pemandu kereta disaman anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur kerana berhenti di atas kotak merah yang dikhususkan untuk penunggang motosikal, selain berhenti melebihi garisan putih ditetapkan untuk pemandu kenderaan di lampu isyarat,” katanya.
Selepas ini, berhati-hatilah semasa memandu dan ikut peraturan jalan raya kalau tak mahu disaman!
Sumber: Buletin TV3
Baca: Tak Dapat Dikesan Sejak November 2021, Bekas Pembaca Berita TV3 Dilaporkan Hilang