Berikutan dengan isu mengenai hubungan antara Dato’ Seri Vida dan bekas pembantu peribadi Iqbal mendapat tentangan Cik B menjadi perhatian baru-baru ini, ia jadi satu idea buat pelakon dan pengacara Sherry Alhadad tiru gaya Cik B.
Sherry Alhadad buat parodi Cik B
@hibatulhakimi_
Dikatakan idea itu tercetus ketika Sherry tampil berambut keriting yang mirip seperti Cik B dan menjadi perhatian netizen.
Dilihat Sherry buat parodi sewaktu Cik B tampil beri respon setelah Iqbal ada buat satu kenyataan menjanjikan RM 1 juta sebulan buat Cik B jika benarkan dia berkahwin dengan DSV dan juga ketika ditemubual oleh wartawan.
Video ini viral di TikTok dan meraih 190K jumlah tontonan dalam masa 23 jam ia dimuatnaik. Rata-rata netizen terhibur dengan gaya parodi Sherry yang lebih kurang sama.
Bagaimanapun ada yang beranggapan sebaliknya kerana ia mungkin telah mengguris hati dan perasaan tuan empunya badan. Apapun, ia hanyalah sekadar gurauan harap tuan badan tak ambil hati
Baca : Cik B ‘Flex’ Pakaian Jenama Mewah Lepas IG Story Iqbal Pamer Harga Pakaian Tular