Rasanya ramai sudah sedia maklum mengenai isu berkaitan Cikgu Fadli Salleh yang katanya bakal dikenakan tindakan buang kerja kerana menegur Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan sistem pendidikan negara.
Namun di sebalik isu ini, tiba-tiba kecoh pula di media sosial apabila dikatakan Cikgu Fadli Salleh telah berselisih faham dengan rapper terkenal, Caprice gara-gara tidak mahu ‘melayan’ bantuan yang ingin dihulurkan penyanyi itu.
Cikgu Fadli mohon maaf, tak mahu batu api panaskan isu
Susulan daripada isu berkenaan, Cikgu Fadli kemudian memuat naik status di Facebook memohon maaf atas apa yang berlaku dan menjelaskan perkara yang sebenar.
Menurutnya, perkara ini berlaku selepas komennya di salah satu posting Facebook dijadikan content panas. Kemudian berlakunya kecaman antara followers masing-masing hingga mengakibatkan perselisihan faham.
Tapi yang bagusnya Cap ni, dia up balik status minta followers dia bertenang dan tetap kata sokongan juga. Itulah ceritanya…
“So Cap, aku tak tahu kau baca ke tak post ni. Sebab aku tak dak IG nak reach kau. Pertama sekali nak cakap, aku minta maaf. Bukan tujuan nak sombong atau benci ke apa,”
“Tapi kalau kau follow penulisan aku, kau akan tahu aku tak layan semua pihak termasuk menteri, ahli politik, aktivis lain yang cuba heret aku masuk bersama atas pentas mereka,” tulisnya.
https://www.facebook.com/xbgsx666/posts/pfbid0Gs8SBmujAoJoRK7vu6ctXL3TLmrT3z8gQ4qSwf23YiaxYB9fKvocZGLd8MBPHMwhl
“Alhamdulillah, pihak kami terima permohonan maaf”
Tidak mahu isu tersebut berpanjangan, Caprice juga melalui posting di Instagram berkata dia menerima permohonan maaf tersebut dan salute dengan perjuangan yang diketengahkan Cikgu Fadli untuk pendidikan negara.
Alhamdulillah, pihak kami terima permohon maaf dan explanation dari saudara Mohd Fadli Salleh, perjuangan pendidikan bukan mudah dan kita salute dan sentiasa di belakang cikgu2 frontliners ilmu di Malaysia. Sama kapal, lain cara insyaAllah matlamat,” tulisnya.
https://www.instagram.com/p/Cj12bPhg6Jo/
Apa-apapun sebaiknya kita janganlah panjangkan isu ini lagi dan semoga kedua-dua pihak tidak lagi berselisih faham untuk kebaikan bersama.
Baca: “I’m dissapointed” – Niat Nak Bantu Cikgu Fadli Tak Dilayan, Ini Respon Caprice…