in

Salur Lebih RM20K Dalam Live TikTok Ryan Bakery, Netizen Spekulasi ‘Sultan Pemurah’ Anak DSV?

Ft Sultan Pemurah Ryan Bakery

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, sesi live TikTokers yang namanya tengah ‘naik’ sekarang, Ryan Bakery menjadi perhatian warganet setelah menerima hadiah yang dikatakan bernilai lebih RM 20K.


Dapat dilihat Ryan begitu bersyukur kerana dia mengatakan pemberian daripada individu yang dikenali sebagai ‘Sultan Pemurah’ itu sudah cukup untuk dijadikan sebagai perbelanjaannya untuk kahwin nanti.

 

Gift harga paling mahal dalam live TikTok daripada ‘Sultan Pemurah’

Bagi yang masih tak familiar dengan sistem TikTok, difahamkan sesi live dari aplikasi tersebut membolehkan seseorang itu menjana wang jika mendapat hadiah ataupun gift daripada netizen yang menontonnya.

Malah, dikatakan setiap gift itu ada nilainya dan sepertimana yang korang lihat dalam video tular, gift berbentuk sticker singa mengaum itu dikhabar harga paling mahal, mencecah RM 1,600. Jika dapat dilihat, bukan sekali, tapi berulang kali Ryan menerima sticker tersebut.

Siap ada sticker lain lagi dan kalau tak silap harga dia mahal-mahal belaka.

@fenzjer

Ryan tak rilek🤣 rezeki buat konten untuk follower! #fyp #ryanbakery

♬ original sound – Fenz_ – 𝙁𝙀𝙉𝙕

Melihat jumlah sticker animasi yang muncul di skrin sebanyak beberapa kali, ramai netizen menyangkakan bahawa Ryan Bakery mungkin dah meraih lebih daripada RM20,000 pada malam tersebut.

Ryan ada invite ‘Sultan Pemurah’ tersebut dalam sesi live dia, namun individu tersebut tidak menunjukkan rupanya dan sempat berseloroh mengatakan bahawa dia menggunakan kad kredit milik ayahnya selepas menerima ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan daripada Ryan Bakery.

https://www.tiktok.com/@hery_abdghfr/video/7123805954927349018?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&q=ryan%20bakery&t=1658808561403

Netizen macam kenal ‘Sultan Pemurah’?

Sudah semestinya ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan ‘Sultan Pemurah’ tersebut, ada yang syak dia seseorang yang bukan calang-calang, namun begitu, apa yang menarik perhatian min adalah mereka dapat syak bahawa ‘Sultan Pemurah’ itu adalah anak lelaki kepada Dato’ Seri Vida (DSV), Kacak.

Sultan Pemurah Sultan Pemurah2 Sultan Pemurah3 Sultan Pemurah4 Sultan Pemurah5

Ok min nak try dengar suara dia dengan yang ni, betul tak, sama ke tak.

Baca : Terkenal Parodi ‘Childhood’ Ryan Bakery Kongsi Kisah Inspirasi Jadi Influencer Lepas Dibuang Kerja Akibat Pandemik

Ft Ryan Bakery

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.