in

“Salah tetap salah” – Hadir Perhimpunan Langgar SOP, DS Hishammuddin Akur Dikompaun KKM

Page Kompaun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang rajin scroll media sosial semalam terutamanya di laman Twitter mesti dah sedia maklum tentang video pada Majlis Pelancaran Briged MIC Johor yang berlangsung di EduCity Kota Iskandar.

Ianya kecoh selepas dilihatkan jumlah tetamu ramai yang hadir selain tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kerana tidak mengekalkan penjarakan fizikal dalam keadaan yang sesak.


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) menerusi akaun rasmi Twitternya @Khairykj, mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tiga pemimpin utama parti politik yang turut menghadirkan diri pada majlis tersebut dikenakan kompaun.

Tiga pemimpin yang dimaksudkan adalah Bendahari Agong Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Datuk Seri Hasni Mohammad dan juga Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran.

“Salah tetap salah”

Menurut Kosmo, Datuk Seri Hishammuddin akur dengan tindakan yang diberikan dari KKM kerana telah melanggar SOP dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

DS Hishammudin turut kongsikan video di Twitter @HishammuddinH2O yang ditemubual selepas tamat majlis berkenaan menyatakan bahawa isu penjarakan sosial sedikit sukar untuk dikawal lebih-lebih lagi dalam program politik yang berkaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ujarnya lagi, dia terima dengan hati terbuka kerana disifatkan perkara itu tidak boleh dielakkan dalam program yang melibatkan jemputan ramai seperti majlis yang dianjurkan oleh MIC semalam. Malah katanya lagi, salah tetap salah dan perkara tersebut harus dijadikan sebagai pengajaran.

Tak apa lah… Kita yang sebagai orang awam ni, kena make sure kita sentiasa jaga SOP okay? Kes makin naik ni, min nasihatkan supaya semua jaga diri baik-baik eh…

Baca: Kes Harian Naik Hingga Lebih 10K Tapi Ramai Lega Lepas Tengok Tweet DG Hisham

Untitled 1 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.