in

“Salah kedai ni” – Netizen Tergelak, Orang Ramai Tunjuk Perasaan Depan Kedai Yang Salah

Kedai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu stoking kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart masih hangat diperkatakan. Pihak pengurusan kedai serbaneka itu sudah membuat permohonan maaf secara terbuka sejurus isu itu mendapat liputan ramai.

Susulan isu itu, segelintir rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati dan menganggap kedai serbaneka itu wajar diboikot.


Dalam usaha mereka untuuk memboikot, telah berlaku kesilapan teknikal yang membuatkan netizen tergelak. Sekumpulan individu telah dirakam mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedai serbaneka yang lain iaitu 99 Speedmart.

Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok video @AdwinWidanta di bawah.

Artikel berkaitan: KK Mart Jementah Diarah Tutup, Tiada Penjualan Stoking Kalimah Allah Tapi…

Artikel berkaitan: “Jika memang tiada rezeki…” – Isu Stoking, Shuib Sedia Undur Diri Sebagai Duta KK Mart

Salah kedai ni!

Rata-rata netizen tergelak melihat video penunjuk perasaan salah kedai ni. Tak kurang juga ada yang mengeluarkan kata-kata kurang manis terhadap mereka yang menunjuk perasaan di hadapan kedai serbaneka 99 Speedmart.

Tapi untuk menghormati bulan yang mulia ini, min tak kongsi lah komen-komen sebegitu.

Screenshot 2024 03 23 at 3.06.22 PMDalam ramai-ramai tu takkan tak ada satu pun yang tegur. Kalau tak kenal logo, boleh ingat warna. KK Mart warna oren, Speedmart warna hijau. 

Screenshot 2024 03 23 at 3.06.38 PMMungkin sebab ramai lah terpaksa berpindah dekat tempat yang lapang sikit. Lagipun Speedmart tutup awal, KK Mart 24 jam. 

Screenshot 2024 03 23 at 3.08.17 PM

Sejujurnya min pun mula-mula keliru gak awal-awal dulu. Cuma lepas dah beberapa kali lalu baru boleh bezakan. Tak susah pun sebenarnya nak bezakan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.