in

“Sakit mata pandang sampah” – Sayang Akan Alam Sekitar, Lelaki Kutip Sampah Sejauh 10km Terkejut Dapat Hasil Sampai RM200

Dd 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni memang jarang kita nampak orang ramai nak kutip sampah di tempat awam. Kalau ada pun mungkin dari pihak NGO atau program-program kebajikan.


Tapi seorang lelaki dari Kuala Perlis ini sanggup mengutip sampai di persisiran pantai sejauh 10km. Wow jauh tuh!

Umat Osman, 42 yang bertugas sebagai penjaga parkir di kawasan pantai tersebut mengatakan dia rimas melihat sampah yang dibuang merata-rata itu sehingga mencacatkan pemandangan di pantai itu.

C1 13

 

Buat suka-suka tapi membuahkan hasil

Dia yang mula keluar dari rumah seawal selepas subuh itu telah bejalan kira-kira 10km di tepi pantai dan berjaya mengumpulkan sebanyak 116kg bahan buangan.

Apa yang mengejutkan apabila niat asalnya yang hanya suka-suka mengutip sampah tidak menyangka membuahkan hasil setelah dikumpul dan dijual.

“Kira-kira 116 kilogram botol plastik dan tin minuman yang saya pungut dalam masa sebulan apabila dijual hanya dapat lebih kurang RM203, kalau dikira dari segi wang ringgit memang tidak berbaloi,”

C 19

 

Namun, dia tidak melihat keuntungan semata-mata. Apa yang penting baginya adalah niat mahu berbakti kepada alam sekitar dan memastikan tempat tarikan orang ramai itu bersih.

 

Dapat rungutan dari nelayan

Apatah lagi apabila ada nelayan yang mengadu tentang longgokan sampah ini menjejaskan punca pendapat mereka.

“Terdapat nelayan yang saya kenali mengadu apabila menangkap ikan, mereka dapat lebih banyak sampah daripada ikan,”

“Saya nasihatkan orang ramai agar tidak membuang sampah khususnya ke dalam laut kerana ia akan mengganggu ekosistem hidupan marin.”

C2 11

 

Kisah Umat mula menjadi tular dalam laman sosial apabila seorang penduduk di Kuala Perlis memuat naik gambar Umat ke Facebook dan menggelarnya sebagai ‘Trash Hero’ sehingga mendapat pujian dalam kalangan netizen.

Sumber: Bernama

 

Kalau kita sayangkan bumi kita, kita kena start buat macam apa yang Umat ni buat. Kalau bukan kita siapa lagi. Lepas ni pergi mana-mana siapkan plastik sampah dalam kereta okay!

Baca: Pesara Guru Yang Tular Rumahnya Dipenuhi Sampah Kitar Semula Bukan Sakit Mental, Rupanya Itu Memang Hobi Dia!

C3 6

Sumber: Bernama
Sumber: Bernama
Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.