in

Pesara Guru Yang Tular Rumahnya Dipenuhi Sampah Kitar Semula Bukan Sakit Mental, Rupanya Itu Memang Hobi Dia!

Gp5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini min ada tulis berkenaan seorang pesara guru yang dikenali dengan panggilan ‘cikgu’ yang tular di media tempatan mengenai rumahnya dipenuhi dengan sampah (sampai nak masuk rumah pun kena panjat timbanan sampah tu tau).


Awalnya, mereka sangkakan yang cikgu tersebut mempunyai masalah mental suka menyimpan barang, rupanya si cikgu sihat walafiat, baik-baik saja.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, Chung Sook Khuan, 63, didapati normal selepas Ujian Saringan Stres, Kebimbangan dan Kemurungan (DASS) yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kinta. – Lapor Sinar Harian

Tambahnya, mereka mendapati warga emas itu bebas dari penyakit kencing manis dan darah tinggi namun ujian susulan akan dijalankan. Wow! Dahlah bebas penyakit, masih kuat kayuh basikal hari-hari pula tu pergi kutip sampah.

“Kita akan memujuk Sook Khuan (kiri) supaya sentiasa memastikan kebersihan di kawasan persekitaran dan rumahnya. Kita bimbang jika berlaku wabak denggi atau chikugunya di sini. Setakat ini, taman perumahan ini bebas penularan wabak berkenaan.”

Gp1

9 Oktober lalu, Majlis Bandaraya Ipoh turut membantu membersihkan halaman rumah warga emas tersebut yang dipenuhi hampir 1 tan sampah.

Selain itu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah melakukan sesi kaunseling terhadap Sook Khuan sebanyak tiga kali dan ia akan diteruskan bergantung kepada perubahan tingkah lakunya.

Kini, cikgu masih lagi dengan tabiatnya mengutip sampah namun dia terus menghantarkannya ke ke pusat kitar semula di sekitar Simpang Pulai.

Buat anak-anak yang tinggal berasingan dengan mak ayah, sekali sekala tu jenguklah, periksa keadaan semasa mereka. Walaupun cikgu sihat, tapi tabiat mengumpul sampahnya itu boleh mengundang binatang berbisa dan penyakit yang boelh mengancam nyawa dia sendiri beserta orang sekeliling.

 

Baca : ‘Cikgu’ Hidup Dengan Timbunan Sampah Lebih 10 Tahun, Jiran Menderita Bau Busuk

Gp

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.