in

Saintis Temui Lohong Hitam 33 Kali Ganda Lebih Besar Dari Matahari, Ini Apa Korang Perlu Tahu Rahsia & Misterinya

Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, ahli astronomi telah menemui lohong hitam atau black hole terbesar yang pernah ditemui di Galaksi Bima Sakti setakat ini. Dikatakan, lohong tersebut mempunyai ukuran 33 kali ganda lebih besar dari matahari.


Menurut saintis dari Misi Gaia Agensi Angkasa Eropah, lohong hitam tersebut ditemui selepas melihat satu bintang bergoyang-goyang ketika mengelilingi kawasan tersebut. Black hole yang baru ditemui ini telah dinamakan sebagai Gaia BH3.

Artikel berkaitan: 10 Fakta Menarik Tentang Galaksi Bima Sakti, No 10 Confirm Korang Tak Tahu!

Artikel berkaitan: Ribut Besar Di Angkasa Lepas: Saintis Ramal Bakal Berlaku ‘Kiamat Internet’?

Ahli astronomi, Pasquale Panuzzo mengatakan, tak ada siapa yang menyangka mereka dapat menemui lohong hitam berjisim tinggi ini begitu dekat iaitu sejauh 2,000 tahun cahaya dari bumi dan tak dapat dikesan selama ini.

Ini penemuan yang boleh dibuat sekali dalam kehidupan penyelidikan seseorang.”

Gaia Bh3 E1713299794785

Kalau korang nak tahu, lohong hitam merupakan objek yang paling pelik dan menarik sekali di angkasa lepas. Ia merupakan objek yang sangat padat dan mempunyai kuasa graviti yang sangat kuat sehinggakan cahaya sendiri tak boleh terlepas dari cengkamannya.

Galaksi Bima Sakti mungkin mengandungi lebih 100 juta lohong hitam, tapi ianya sangat sukar untuk dikesan. Menurut NASA, terdapat satu lohong hitam yang tersangat besar iaitu Sagittarius A*. Ia mempunyai ukuran jisim 4 juta lebih besar dari matahari dan terletak sejauh 25,000 tahun cahaya dari bumi.

Manakala, imej pertama lohong hitam pula dapat ditangkap pada 2019 oleh Teleskop Horizon Acara. Imej lohong hitam yang terletak di tengah-tengah galaksi M87 iaitu 55 tahun cahaya dari bumi telah membuatkan ramai saintis di seluruh dunia teruja.

Bagaimana lohong hitam terbentuk?

A4B2D1B6 D32B 4462 8E5Ac2F91B6Ba65D Source.jpg

Bayangkan satu bintang yang sangat-sangat besar, lagi besar dari matahari. Bintang besar ni pula ada graviti kuat yang akan menarik semua benda ke dalam pusatnya. Biasanya, haba dan tekanan dari dalam bintang tersebut akan seimbangkan graviti menjadikan ia stabil.

Tapi, bila bintang besar ni dah tak ada lagi bahan api untuk terus terbakar, ia tak boleh nak keluarkan pemanas dan tekanan yang cukup untuk mengawal diri mereka terhadap gravitinya sendiri. Jadi apa yang berlaku? Bintang ini akan mula runtuh.

Jika bintang ini terlalu besar, keruntuhannya tak akan berhenti sehingga ia menjadi sangat-sangat padat di angkasa dan mempunyai graviti yang sangat kuat sehinggakan cahaya pun tak boleh terlepas darinya. Ini yang kita panggil black hole.

Boleh ke lohong hitam mati?

Lohong hitam tak mati macam apa yang kita tahu dan faham tentang kematian. Ia tak pudar atau hilang sepenuhnya. Tapi ia akan berubah dalam jangka masa yang sangat-sangat panjang.

Salah satu cara lohong hitam boleh berubah adalah melalui sesuatu yang dipanggil sebagai sinaran Hawking. Sinaran ini datang dari kawasan sekitarnya yang bertindak seperti sempadan.

Radiasi Hawking ini sangat-sangat lemah untuk lohong hitam yang besar, jadi ia mengambil masa yang sangat lama untuk mengecil. Tapi, lama-kelamaan, lohong hitam ini boleh kehilangan jisim melalui radiasi tersebut dan mula menghilang.

5 fakta mengejutkan tentang rahsia dan misteri lohong hitam

230414110044 Black Hole M87 Split

1. Mungkin terdapat berjuta-juta lohong hitam di galaksi yang kita mungkin tak akan pernah tahu kewujudannya

Di Galaksi Bima Sakti sahaja, mungkin terdapat berjuta-juta lohong hitam yang berputar seperti bintang, tapi kita tak boleh nak nampak.

Tak cukup dengan itu, graviti yang terlalu kuat dari lohong hitam ini menjadikan ia boleh memesongkan ruang dan masa disekelilingnya.

2. Tak boleh lepaskan diri kalau terperangkap dalam lohong hitam

Kalau korang ada berdekatan dengan black hole, korang boleh ditarik ke dalamnya dan tak akan boleh lepaskan diri. Apa-apa benda yang lalu berhampirannya sama ada bintang, cahaya atau manusia akan ditangkap.

Tapi, lohong hitam yang paling dekat dengan bumi dipercayai terletak sejauh 1,000 tahun cahaya, jadi korang jangan risau pulak!

3. Kalau terjatuh dalam lohong hitam besar, boleh bertukar menjadi spageti

Main Qimg C6E18Cd110A2737Ba85D6B965Cb49D4F Lq

Graviti yang dimiliki oleh lohong hitam besar adalah sangat ekstrem. Jadi, bila korang terjatuh ke dalamnya, kaki korang akan ditarik dari kepala dan korang akan direnggangkan dengan sangat kuat. Renggangan ini dipanggil sebagai spaghettification. Sebijik macam orang buat mi tarik tau!

4. Masa di dalam lohong hitam lebih perlahan

Kalau korang boleh masuk dalam black hole dan keluar dan kembali ke bumi, korang akan sedar yang masa berlalu dengan perlahan di sana. Jadi, kalau dalam lohong hitam korang rasa macam ada dekat sana dalam masa beberapa jam, di bumi mungkin dah bertahun-tahun atau berkurun telah berlalu.

5. Tak ada cahaya atau warna

Lohong hitam dipanggil hitam kerana ia tak memiliki apa-apa cahaya. Ini bermakna, lohong hitam ini tidak kelihatan dan tak mempunyai warna yang spesifik. Ia merupakan titip gelap alam semesta yang paling utama.

Sumber: Sky News, Space.com, US NSF

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.