Korang pernah tak dengar mengenai Milky Way atau galaksi Bima Sakti? Ini merupakan galaksi tempat terletaknya sistem suria kita. Galaksi kita mempunyai bentuk pusaran (spiral) dan menjadi tempat tinggal bagi jutaan bintang, gas dan juga debu.
Galaksi Bima Sakti dikatakan berusia hampir 13.6 billion tahun dan mempunyai saiz sebesar 100,000 tahun cahaya dari hujung ke hujung.
Hebat bukan?
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan beberapa fakta mengenai galaksi Bima Sakti yang mungkin ramai tak tahu!
10 Fakta menarik mengenai galaksi Bima Sakti
1. Galaksi kita tidak rata!
Walaupun bentuk Bima Sakti sering disamakan dengan cakera, galaksi kita ini bukanlah leper! Ia sebenarnya sedikit cembung di kawasan tengah.
Malah, kawasan galaksi yang lebih cembung ini mempunyai ketebalan sebanyak 120,000 tahun cahaya!
2. Ada lingkaran gelang yang tidak nampak dek mata kasar
Hanya 10% sahaja yang boleh nampak dek mata kasar. Ahli astronomi menganggarkan bahawa 90% jisim galaksi Bima Sakti adalah berpunca dari jirim gelap.
Disebabkan jumlah jirim gelap yang sangat tinggi, galaksi Bima Sakti sebenarnya mempunyai gegelang atau halo, cumanya ia tidak boleh dilihat dengan mata!
3. Galaksi Bima Sakti mempunyai 200 bilion bintang!
Tahukah anda, galaksi kita sebenarnya bersaiz sederhana? Ada banyak lagi galaksi lain yang mempunyai saiz yang lebih besar.
Buat masa ini, galaksi yang terbesar yang diketahui ialah IC 1101. Galaksi ini mempunyai lebih 100 trilion bintang!
4. Berdebu dan bergas
Hampir 10-15% galaksi kita terdiri daripada debu dan gas. Selebihnya adalah bintang-bintang.
Pada malam yang cerah, kita boleh nampak lingkaran salah satu ‘lengan’ Bima Sakti di dada langit!
5. Galaksi kita pernah ‘makan’ galaksi lain!
Untuk mencapai saiznya seperti sedia ada, Bima Sakti sebenarnya pernah ‘membaham’ galaksi kecil yang lain.
6. Kita tidak boleh mengambil gambar galaksi kita
Kita berada hampir 26,000 tahun cahaya daripada tengah galaksi. Jadi, mustahil untuk kita mengambil gambar penuh galaksi kita.
Hampi semua gambar yang pernah anda lihat secara atas talian sebenarnya adalah hasil represantasi dari teori-teori sedia ada.
7. Ada lohong hitam di tengah galaksi
Seperti galaksi lain, galaksi kita juga mempunyai lohong hitam di tengah-tengahnya. Black hole ini turut dikenali sebagai Sagittarius A*.
Saiz lohong hitam ini dianggarkan mempunyai diameter sepanjang 14 juta batu, tidak termasuk bahagian cakera luarnya.
Cakera luar lohong hitam ini sahaja mempunya berat 14.6 juta kali ganda berbanding berat matahari!
8. Galaksi Bima Sakti hampir sama tua dengan alam semesta
Pakar menanggarkan usia alam semesta kita dalam sekitar 13.7 billion. Galaksi kita pula berusia 13.6 billion tahun. Dekat bukan usia mereka?
Walau bagaimanapun, bahagian cembung pada cakera Bima Sakti hanya terbentuk sekitar 10-12 bilion tahun dahulu.
9. Galaksi kita adalah sebahagian daripada kluster super Virgo
Kluster super Virgo mengandungi sekurang-kurangnya 100 galaksi. Diameternya pula adalah sekitar 110 juta tahun cahaya!
10. Galaksi kita sebenarnya bergerak!
Jika anda sangka galaksi kita pegun dan hanya berputar, ternyata anda salah!
Semua benda yang ada di ruang angkasa kita bergerak. Bumi, matahari termasuklah galaksi kita semuanya mempunyai pergerakkannya yang tersendiri.
Malah, galaksi kita dianggarkan sedang bergerak merentasi angkasa dengan kelajuan sekitar 600km/s!
Laju bukan? Besarnya kuasa Tuhan!
Sumber: Majalah Sains
Baca: Matahari Bakal Bersinar Di Antara Menara KLCC Pada 27 Febuari Ini!