“Sahabat sejati” – Lelaki Ini Kena Scam Tiket Shawn Mendes, Tindakan Rakan-Rakannya Buat Netizen Terharu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Menghadiri konsert artis pujaan sudah menjadi impian setiap peminat kipas susah mati. Ada yang sanggup simpan duit beratus semata-mata nak tengok artis kegemaran dorang secara live. Tapi ada juga yang ambil kesempatan dengan perkara ini dan sanggup tipu peminat dengan menjual tiket palsu.

Akhirnya menyesal tak sudah macam mamat dekat dalam video bawah ni.

 

Nasib baik ada kawan datang pujuk

Kalau admin dekat tempat mamat tu, memang tak ada mood sepanjang konsert tu berlangsung. Duduk dekat luar buat sakit hati je. Tapi nasib baik kawan-kawan mamat ni pandai pujuk dia.

Makan bro, tak makan lapar pulak nanti kan. Takpe, chill-chill dulu.

Bagus ada kawan yang sanggup suap makanan macam tu. Kalau kawan-kawan admin, kena bahan dulu, malam tu baru nak pujuk. 

Tengok dekat phone pun jadi kan bro, dari tak dapat tengok langsung. Sedapkan hati je tu

Aduh, dah habis dah, sedih weh. Tabah weh, jangan bocor bro.

Admin doakan kepada mamat ni supaya dipermudahkan segala urusan, dan dapat jumpa balik sapa yang tipu dia tu. Takpa, boleh layan Shawn Mendes dekat Youtube

 

Baca: “Scam cara baru” Hati-hati Dengan Taktik Baru Scammer Hantar Surat Mahkamah

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.