in

Sah! Konsert ‘World Tour’ Justin Bieber Ditangguh Sehingga Mac Tahun Depan

Jb Kl Cancel 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Is it too late now to say sorry?


Buat Beliebers di Malaysia, pasti ramai yang berdebar menantikan apakah status konsert jelajah dunia penyanyi pop sensasi Justin Bieber itu di Malaysia.

Hari ini, pihak penganjur konsert Justice di Malaysia telah mengesahkan konsert jelajah penyanyi tersebut ditangguhkan sekurang-kurangnya sehingga bulan Mac 2023.

“Susulan pengumuman rasmi promoter konsert, AEG Presents dan PR Worldwide, dukacita kami maklumkan Justice World Tour Kuala Lumpur ditunda. Tarikh baharu konsert itu akan diumumkan AEG Presents dan PR Worldwide sebaik ditetapkan.

Tempoh 14 hari bermula 7 Oktober sehingga 20 Oktober akan dibuka kepada pemegang tiket untuk menghantar permohonan sama ada terus memegangnya atau mahu wang dikembalikan.

Tiket yang dibeli masih sah untuk digunakan pada tarikh baharu nanti dan tiada kos tambahan dikenakan. Tiket baharu akan diberikan kepada mereka sebaik konsert dijadualkan semula.” tulis kenyataan tersebut.

Sebelum ini, pada 6 September lepas Justin Bieber mengumumkan terpaksa berehat daripada membuat persembahan atas faktor kesihatan dan tidak akan meneruskan konsert siri dunianya selepas beraksi di Rio, Brazil.

Malah, dia juga berkata sekarang perlu fokus kepada kesihatan selepas terlalu penat selain diserang strok ringan pada wajahnya awal tahun ini.

Bertabahlah Beliebers…

Baca: Justin Bieber Bakal Batal Konsert Kerana Alami Sindrom Ramsay Hunt, Adakah Malaysia Turut Terlibat?

Cats 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.