in

Safawi Rasid Tunjuk Aksi ‘Timbang Tisu’ Dalam Cabaran ‘Stay At Home’

Untitled Collage 60 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal Pemain Paling Bernilai Negara, Safawi Rasid yang baru-baru ini terpalit kontroversi isu percintaannya sehingga menjadi bualan netizen.


Setidaknya, hal peribadinya itu sedikit sebanyak tenggelam sebentar ketika orang ramai mula beralih arah menumpukan perhatian kepada perkembangan ancaman penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Sedar tak sedar, Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan kerajaan sudah pun memasuki hari keempat. Dan sama seperti kebanyakan orang lain, golongan atlet tidak terkecuali wajib mematuhi perintah tersebut.

Dalam laman Instagramnya semalam, Safawi tampil dengan melakukan cabaran ‘Stay At Home’ — dengan melakukan aksi ‘timbang tisu’ bersama adiknya yang juga pemain JDT III, Alfi Rasid.

Kemahiran menimbang dua adik beradik itu dilihat cukup baik, memandangkan Safawi sendiri pernah bergelar pemain skuad sepak takraw negeri Terengganu ketika di sekolah rendah.

Dalam tempoh beberapa jam sahaja, klip video pendek itu mendapat hampir 311, 492 tontonan setakat ini.

Cabaran ‘timbang tisu’ menjadi trending dalam kalangan pemain bola sepak, susulan penangguhan saingan liga di kebanyakan negara termasuk Malaysia.

Ia dikatakan tercetus sebagai mengisi masa lapang, ketika perintah kawalan pergerakan susulan kebimbangan mengenai penularan COVID-19.

Antara pemain ternama dunia yang telah melakukan Cabaran ‘Stay At Home’ termasuklah bintang Barcelona, Lionel Messi.

 

Baca: “Bukan mak tak restu tapi…” – Ibu Safawi Rasid Bersuara, Luah Mahu Anak Tumpukan Karier Dari Fikir Soal Kahwin

Pawi 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.