in

“Rupanya perangai sama dengan cerita…” – Pelakon ‘The Glory’ Kim Hieora Didakwa Buli Rakan Sekolah?”

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah seorang pelakon utama K-drama kegemaran ramai, The Glory baru-baru ini dilanda kontroversi selepas satu artikel dari media Dispatch mendedahkan bahawa Kim Hieora, yang merupakan salah seorang pembuli dalam drama tersebut merupakan ahli geng pembuli di sekolah yang dipanggil Big Sangji.

Dikatakan, ketika dia bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Sangji di Wonju, Wilayah Gangwon, pelakon ini terlibat dengan kumpulan pembuli yang terkenal melakukan aktiviti seperti peras ugut dan mendera orang di sekolah tersebut secara lisan dan fizikal.


Ekoran dari ini, netizen di media sosial telah mengecam pelakon ini serta menganggap bahawa lakonannya dalam drama The Glory itu merupakan cerminan dirinya yang sebenar semasa di sekolah.

1679002073 Untitled 1

Artikel berkaitan: Selain Saranghae Oppa, Ini 10 Perkataan Korea Yang Selalu Kita Dengar Dalam K-Drama

 

Artikel berkaitan: Dari Layar Perak ke Dunia Nyata, Pasangan K-Drama Crash Landing On You Umum Bakal Berkahwin

Dakwaan Kim Hieora pembuli

Pada 6 September lalu, Dispatch telah mengeluarkan satu artikel mendedahkan kisah pelakon drama The Glory dan The Uncanny Counter 2 ni. Menurut laporan tersebut, Kim Hieora merupakan seorang pembuli dan terlibat dalam aktiviti keganasan semasa berada di sekolah menengah.

Dikatakan, kegiatan membuli ini terjadi ketika Kim Hieora bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Sangji. Ketika itu, seorang pelajar bernama A telah mencuri barang dari pelajar yang lebih muda dan mengaku dia berbuat demikian atas arahan Kim Hieora.

Kim Hieora suruh saya buat kerana dia nak guna duit untuk bayar bil hospital ibunya.”

Media tersebut turut mendedahkan bahawa Kim Hieora adalah ahli geng buli terkenal sekolah tersebut, Big Sanji. Kumpulan ini dikatakan terkenal dengan aktiviti membuli pelajar lain secara lisan dan fizikal. Selepas menemui lebih kurang 10 bekas pelajar sekolah ini, Dispatch telah melaporkan tentang kontroversi buli ini dan mendapatkan kenyataan dari Kim Hieora.

Antara perkara pertama yang didahkan merupakan Kim Hieora terlibat dalam geng pembuli ini yang gemar memeras ugut pelajar lain dan duit tersebut digunakan untuk berhibur.

Ketika di sekolah, Kim Hieora dilaporkan sebagai salah seorang pembuli dan perkara ini turut disahkan oleh beberapa bekas pelajar sekolah tersebut.

Di sekolah, ada satu kumpulan dinamakan Big Sangji. Mereka telah mengambil duit dari orang dan berikan kepada pelajar yang paling tua. Mereka akan jerit dan pukul kalau tak ada duit. Kim Hieora juga ahli kumpulan ini.” – Bekas pelajar B

“Dorang akan tiba-tiba minta duit untuk beli rokok, alkohol atau pergi karaoke. Dorang juga gunakan duit ini untuk belikan hadiah teman lelaki dorang. Dorang tak akan berhenti kacau jika tak berikan duit.”

Unknown 2

Selain itu, Dispatch turut mengatakan bahawa Kim Hieora terlibat dalam insiden kecurian. Ketika pelakon ini berusia 15 tahun, keluarganya telah diisytiharkan bankrap sehingga dia terpaksa membuat kerja part time untuk mendapatkan duit belanja. Kesusahannya ini turut dikongsikan kepada rakannya X dan Y.

Ekoran ini, X telah mencuri barang untuk Kim Hieora dan mereka mengaku berbuat demikian untuk menarik perhatiannya.

Saya tanya Kim Hieora kenapa dia buat kerja part time. Dia beritahu saya bahawa keluarganya dah hilang semua duit dan sedang mempunyai masalah kewangan. Saya nak bantu dia, jadi saya ambil barang tanpa pengetahuan orang. Ketika itu saya hanya mahu menarik perhatiannya.

Kenyataan dari pelajar-pelajar lain turut menuduh Kim Hieora sebagai pembuli. Mereka mendakwa pelakon ini telah menyuruh mereka untuk membeli rokok dan ambil wang mereka untuk pergi karaoke.

Disebabkan ini, apabila Kim Hieora memegang watak sebagai pembuli dalam drama The Glory, beberapa ahli Big Sangji yang masih menghubungi telah mempersendakannya.

Kim Hieora Bully Image 2 750X751 1

Penjelasan Kim Hieora

Pada awalnya, Kim Hieora menjelaskan bahawa Big Sangji bukanlah geng pembuli seperti didakwa tapi nama komuniti dalam talian dan semua orang boleh join komuniti ini.

Pun begitu, Kim Hieora mengaku bahawa dia ada banyak buat kesalahan dan terlibat dalam insiden membuli namun hanya sebagai pemerhati. Apabila rakan-rakannya memeras ugut pelajar lain, dia hanya lihat tanpa melakukan apa-apa.

Malah pelakon ini menegaskan bahawa dia tak pernah memukul pelajar lain dan turut mengatakan bahawa dia juga pernah menjadi mangsa buli.

Walaupun saya pernah dipukul oleh pelajar yang lebih tua tanpa sebarang sebab, saya tak pernah memukul rakan saya atau pelajar yang lebih muda. Saya minta maaf dan mengaku telah menjadi pemerhati aktiviti membuli.”

Kim Hieora Bad And Crazy

Tentang insiden mencuri pula, Kim Hieora mengatakan bahawa rakannya itu hanya mahu membantunya namun tak ada siapa percaya yang dia telah menghalang rakannya itu dari berbuat demikian. Disebabkan ini, dia telah dihukum untuk melakukan khidmat masyarakat.

Selain itu, agensi Kim Hieora, GRAM Entertainment turut menafikan dakwaan bahawa pelakonnya itu pernah terlibat dalam aktiviti membuli dan keganasan di sekolah dan mengatakan bahawa mereka aan mengambil tindakan ke atas fitnah ini.

Tak seperti tajuk provokatif artikel eksklusif tersebut, pelakon ini tak pernah terlibat dalam aktiviti buli dan tak penah melakukan keganasan semasa di sekolah. Kami sekali lagi memberitahu bahawa ini adalah kebenaran yang dibincangkan oleh Kim Hieora terhadap media tersebut.

Kami berharap orang ramai boleh berhenti sebarkan spekualasi tidak berasas ini dan kami akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba menfitnah pelakon agensi kami.”

Di Instagram, Kim Hieora turut membuat kenyataan dan memohon maaf kepada peminat-peminat yang sentiasa menyokongnya.

Saya minta maaf atas kekecohan yang berlaku hari ini. Saya bercadang untuk menghadapi setiap siatuasi dengan jujur dan tenang.

Sekali lagi saya mohon maaf kepada orang yang dah sokong dan percayakan saya dan saya ikhlas memohon maaf kepada orang yang saya pernah sakiti sehingga sekarang. Saya tahu ramai orang percayakan saya dan saya akan teruskan kehidupan saya tanpa penipuan.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 김히어라 Kim Hieora (@hereare0318) 

Dispatch turut melaporkan bahawa Kim Hieora telah membuat permohonan maaf kepada mangsa-mangsa tersebut melalui panggilan telefon dan bertemu dengan salah seorang daripada mereka. Salah seorang dari mereka dikatakan enggan bertemu dengan pelakon ini dan tak nak menerima ucapan maaf.

Apa pendapat korang?

Sumber: Soompi, allkpop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.