in

“Rugi RM575” – Wanita Bergaduh Dengan Owner Carwash, Bengang Kunci Kereta Berderai Lepas Hantar Cuci

Owner Carwash Patah Kunci Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita meluahkan rasa kesal terhadap pemilik sebuah pusat mencuci kereta di Taman Perling, Johor yang didakwa biadab gara-gara kunci keretanya rosak selepas menghantar kenderaannya di situ.


Menerusi hantaran tular di Facebook, wanita yang dikenali sebagai Aeenz Mohd Ghazali menyatakan dia menghantar kereta jenis Exora untuk dicuci dengan pakej premium.

Katanya, kunci kereta diletakkan di tempat yang disediakan dan dia dimaklumkan keretanya siap dicuci selepas sejam.

Artikel berkaitan: Viral Video Honda Civic Rempuh Motosikal, Rupanya Pemandu Nak Lari Dari Isteri Lepas Bertengkar

Kunci kereta berderai

Apabia wanita itu kembali untuk mengambil keretanya, dia mendapati lampu kereta menyala,  menandakan enjin telah dihidupkan.

Selepas keluar dari pusat cuci kereta itu, dia mendapati kunci kereta berderai dan memaklumkan perkara itu kepada suaminya.

“Selang 10-15 buah kedai aku nak tutup enjin pergi kedai kawan aku dan masa ni lah aku tahu kunci aku dah berderai. Cip, bateri dan berderai dari casing kunci,” katanya.

Mengulas lanjut, dia dan suami datang ke pusat cuci kereta terbabit dan mengatakan pemilik premis mendakwa dia sendiri yang menghidupkan enjin kenderaan itu.

Dapat dilihat dalam video yang dikongsikan, wanita itu tidak berpuas hati dengan tuduhan berkenaan dan bertengkar mulut dengan pemilik pusat cuci kereta terbabit.

Selain itu, dia turut mendakwa pemilik pusat cuci kereta enggan bertanggungjawab dan tidak memohon maaf atas apa yang berlaku.

“Dia mati-mati tuduh aku yang start enjin kereta dan aku yang patahkan kunci. Tak kan aku bodoh sangat nak patah kunci padahal esok aku nak berjalan jauh.

At least ada sikit rasa tanggungjawab untuk buat apa yang boleh sebab aku bagi 100% kepercayaan untuk basuh kereta aku tapi yang aku dapat hanyalah makian dan dia halau aku,” katanya lagi.

Menurutnya, disebabkan kejadian itu, dia terpaksa menanggung kerugian RM575 untuk membuat kunci baharu.

Sementara itu, pusat cuci kereta terbabit mendakwa kenyataan wanita itu adalah fitnah namun mengakui berkelakuan tidak sopan dan meminta maaf atas tindakan itu.

Sumber: Facebook, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.