in

Rosmah Pilih Tema ‘Hijau’ Ke SPRM Hari Ni

Ros Berbaju Hijau Pas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi ini, isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di bangunan ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk sesi soal siasat bagi membantu siasatan berhubung pertuduhan jenayah membabitkan kes pengubahan wang haram.


Rosmah Mansor Macc 2609 3
sumber: malay mail

Menurut Berita Harian, beliau yang tiba di SPRM sekitar jam 9.52 pagi tu menarik perhatian media dengan memakai pakaian serba hijau daripada selendang, baju kurung, kasut dan hinggalah ke beg tangan. Fuh hijau semuanya!

Rosmah yang tiba dengan menaiki Proton Perdana hanya tersenyum sebaik keluar daripada kereta dan terus masuk ke dalam lobi resepsi bangunan SPRM. Beliau jugak tak entertain sekumpulan wartawan dan jurugambar yang berkumpul di ibu pejabat tersebut sejak pukul 7 pagi lagi.

2018 09 26T021348Z 389428268 Rc17D314Daf0 Rtrmadp 3 Malaysia Politics Rosmah
sumber: the star

Isteri kepada Datuk Seri Najib Razak ni dijangka bakal ditahan atas 20 pertuduhan jenayah berkenaan penggubahan wang haram dari dana SRC International untuk membeli produk hormon anti-penuaan bernilai RM1 juta.

Ini juga merupakan pertemuan kedua Rosmah dengan SPRM dan semuanya terpulang kepada Peguam Negara untuk mendakwa isteri bekas Perdana Menteri ni atau tak.

Ros
sumber: bh

Hari tu merah, hari ni hijau pulak. Macam-macam gaya DS Rosmah kita ni. 

Baca: Rosmah Akan Didakwa Lebih 20 Tuduhan

Rosmah Mansor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.