Uishhhh biar betul?!
Menurut ProjekMM, pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa Datin Seri Rosmah Mansor ada berjumpa dengan seorang saksi dan meminta agar individu itu beri keterangan yang menyebelahinya.
Beliau yang dikenakan 17 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750 dikatakan mengganggu saksi sebelum kenyataan individu itu direkodkan.

Pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Pesara Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu perkara itu kepada mahkamah ketika memohon agar mahkamah tidak membenarkan isteri bekas Perdana Menteri itu diikat jamin.
Menurutnya, ianya adalah faktor yang sangat penting atas alasan terdapat bahaya besar gangguan dilakukan terhadap saksi.
Apabila pihak pendakwaan merekodkan kenyataan seorang saksi, tertuduh (Rosmah) berjumpa dengan saksi itu untuk memintanya memberi keterangan yang menyebelahi beliau. Saya ada satu salinan laporan polis tentang perkara itu.”
Sri Ram kemudian terus kemukakan laporan polis itu yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada hakim.

Menurutnya lagi, tuduhan dihadapi Rosmah adalah kesalahan yang tidak boleh diikat jamin apatah lagi jika terdapat bahaya ketara saksi diganggu.
Namun, beliau akui akur dan menyerahkan segalanya kepada budi bicara mahkamah sama ada membenarkan ikat jamin atau sebaliknya.
“Bagaimanapun, kami memohon agar ikat jamin ditetapkan pada RM10 juta dengan dua syarat iaitu tertuduh perlu menyerahkan dua pasportnya dan tidak menghubungi saksi serta mereka yang berpotensi menjadi saksi dari sekarang hinggalah selesai perbicaraan.”
Sama-sama kita nantikan pengakhiran siasatan kes ini. Follow Lobak Merah untuk update terkini tentang Datin Seri Rosmah Mansor!
Baca: “Saya okay, I love you!” – Rosmah