in

“Rosak lagu, ya lah sikit tapi…” – Datuk M Nasir Respon Isu Cover Lagu Tiara Daripada Raffa

Ft M Nasir Respon Raffa 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan isu yang melibatkan cover lagu Tiara daripada penyanyi Indonesia, Raffa Affar, Harian Metro telah mendapatkan pandangan daripada komposer lagu tersebut, Datuk M Nasir.


Kata penyanyi tersohor itu, beliau yang selaku pencipta sepenuhnya lagu yang didendangkan oleh kumpulan Kris itu tiada masalah dengan cover itu dan anggap ianya tidak perlu diperbesarkan.

 

Anggap satu perkara biasa

Tambah beliau, perbuatan cover lagu sudah menjadi kebiasaan malah penyanyi Malaysia juga ada lakukan perkara sebegitu. Jadi, suka atau tidak itu adalah pendapat peribadi.

“Itu (cover version) sudah biasa terjadi dalam industri, jadi tiada masalah, kita (penyanyi dalam negara) pun buat sebegitu. Ia pendapat peribadi (komen netizen), sama ada hendak marah atau tidak.”

Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal menerusi Tanya Sama Itu Hud Hud turut memberikan respon berkenaan dengan mutu dan keaslian lagu yang dah tercemar, beliau menjelaskan bahawa ia satu fenomena yang tidak dapat dikawal.

“Itu (rosak lagu) ya lah sikit, tetapi ia tetap akan berlaku dan kita tidak dapat mengawal perkara itu.”

“Kita kalau hendak buat sesuatu (tindakan) boleh, tetapi saya ingat dalam keadaan sekarang kita tak payah (perbesarkan) kerana mereka kawan kita juga.”

“Trend sekarang ini zaman media sosial lain sedikit, halwa telinga pun lain.”

Baca : “Saya tak buat sesuka hati” -Dikecam Cover Lagu Tiara, Raffa Perjelas Dah Dapat Kebenaran

Ft Affa Jawab Dikecam Cover Lagu Tiara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.