in

“Rolex paling banyak” – Kes Kecurian & Kehilangan Jam Tangan Mewah Dianggar Bernilai RM 6 Billion

Kecurian Jam Mewah Meningkat Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jam tangan mewah bernilai lebih USD 1.3 bilion telah dilaporkan hilang atau dicuri dengan peningkatan kes kecurian berlaku pada tahun lepas.


The Watch Register, sebuah syarikat yang menyediakan khidmat bantuan pengecaman jam curi kepada pemilik, syarikat lelongan dan pengedar baru-baru ini mendedahkan sekitar 80,000 jam telah didaftarkan sebagai hilang atau dicuri.

Menurut kenyataan syarikat berkenaan baru-baru ini, daripada jumlah berkenaan, 6,815 utas jam tangan telah ditambah ke dalam senarai berkenaan tahun lepas, peningkatan sebanyak 60 peratus berbanding tahun sudah.

Watch Time Clock Luxury Wallpaper Preview

Menurut Watch Register lagi, pasaran jam terpakai untuk jam tangan mewah sememangnya tinggi dengan permintaan terbanyak daripada jenama Rolex, Audermars Piguet dan Patek Philippe dan ianya lebih meningkat semasa pandemik, seterusnya menyebabkan peningkatan kes kecurian dan jenayah.

Selain itu, pihak Polis Metropolitan London melancarkan satu operasi tahun lepas untuk mengatasi masalah jenayah rompakan di mana penjenayah menggunakan pisau untuk mengancam dan mendapatkan jam mewah mangsa.

Untuk rekod, kes rompakan menggunakan pisau meningkat sebanyak 60 peratus antara bulan Mei dan Jun.

Robberyweb Jumbo

Dalam masa yang sama, pasukan tindakan khas polis telah menambah bilangan anggota mereka kepada 30 orang bagi membanteras jenayah kecurian jam tangan mewah.

Menurut pangkalan data The Watch Register, Rolex merupakan jenama tertinggi menjadi sasaran yang menyumbang kepada 44 peratus kes kehilangan dan kecurian jam tangan diikuti oleh Omega dan Breitling.

“Nilai dan prestij yang tinggi bagi jam tangan mewah ini terus menarik perhatian rangkaian jenayah yang canggih dan melibatkan pasaran antarabangsa, menjadikannya sasaran utama untuk kecurian”

Menurut pengarah The Watch Register, Katya Hills berkata, nilai dan status yang dibawakan oleh jenama-jenama jam mewah ini menarik perhatian mereka yang melakukan jenayah dan ia juga melibatkan rangkaian antarabangsa.

Sesetengah jenama telah melaksanakan inisiatif untuk mengatasi masalah berkenaan. Sebagai contoh, pembuat jam Royal Oak dikatakan akan mengganti jam pelanggan mereka yang telah dicuri sebagai sebahagian daripada program perkhidmatan mereka yang akan berjalan selama dua tahun.

Baca : “10 tahun berkhidmat”- Makcik Cleaner Terharu, Majikan Hadiahkan Jam Tangan Rolex Harga RM35k

Ft Makcik Dapat

Sumber: NY Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.