in

“RM 1,200 setahun untuk tisu tandas?” – Amerika Baru Sedar Cebok Guna Air Lagi Bersih Dan Jimat

Cebok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umumnya musim-musim lockdown di negara luar ini kita sedia maklum bahawa tisu tandas kini adalah barang yang paling laris dijual kerana ia merupakan tradisi mereka untuk lap selepas buang air besar, sudah semestinya ia merupakan satu keperluan utama berbanding kita yang hanya basuh dengan air.

Namun, biarpun satu kebiasaan bagi diri kita, tidak bagi rakyat Amerika Syarikat kerana mereka baru menyedari bahawa penggunaan paip bidet itu adalah alternatif baik untuk bersihkan diri selepas berak.

Seperti yang dikatakan sumber ini, mereka selama ini tak nak tandas jadi basah dan berbahaya kepada pengguna. Alasannya takut tergelincir sebab lantai basah.

Disebabkan itu, sumber menjelaskan bahawa mereka baru sedar bahawa menggunakan air paip berbanding dengan tisu tandas itu jauh lebih jimat.


 

RM 1,200 setahun, lebih murah kalau pasang bidet

Upgradedrotaryhandheldbidet
Bidet

Ia mula disedari ketika musim lockdown ini, mereka anggap memasang paip bidet adalah lebih baik daripada pergi berebut beli tisu tandas.

“Orang tidak lagi berhasrat untuk mengumpul tisu tandas sebanyak mungkin setelah menyedari apa yang dibelanjakan setiap bulan (membeli tisu tandas), bidet menjadi alternatif terbaik.”

Malah sumber juga menyatakan bahawa penggunaan bidet ini dapat mengurangkan tisu tandas sebanyak 75%.

Dianggarkan, setiap isi rumah akan menggunakan lebih 400 gulung setiap tahun. Harga tisu tandas 12 gulung yang paling murah di Walmart adalah AS$8.75 (RM37.20).

Jadi, jika mereka menggunakan 409 gulung, mereka belanja hampir AS$300 setahun (RM1276.65). Itu belum lagi kalau guna yang mahal sikit.

Jumlah itu dikatakan jauh lebih mahal daripada caj pemasangan bidet di tandas mereka. Paling murah AS$130 (RM553) malah operasinya lebih murah dan penggunaan elektrik serta air juga tidak begitu tinggi.

Jadi kos pembelian tisu tandas tak perlu lagi, malah kalau tak payah beli terus pun tak apa. Jadi bukan sahaja jimat malah jauh lebih bersih.

 

Baca : “Eee tak cebok ke?” – Akibat Tunggu Kastam Terlampau Lama, Wanita Ini Berak Di Tepi Jalan

Berak

Sumber: Google Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.