in

“Ritual bodoh”- 10 Kanak-kanak Ditanam Hidup-hidup Masa Gerhana Matahari Cincin

Lagi New

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, lebih tepatnya pada Khamis seluruh dunia kecoh dengan fenomena Gerhana Matahari Cincin atau Anulus bilamana kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah selari.



Fenomena terakhir kali berlaku 21 tahun yang lalu iaitu pada 22 Ogos 1998, kali ini ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pembentukan ‘cincin berapi’itu.

Namun, dalam kemeriahan masyarakat seluruh menantikan kemunculan ‘cincin berapi’ tersebut, ada sekelompok masyarakat yang mengambil kesempatan melakukan ‘ritual’ pelik.

RITUAL PENYEMBUHAN , Tanam anak masa Gerhana Matahari Cincin

Di New Delhi, sekumpulan ibu bapa tanam anak-anak mereka hidup-hidup sewaktu berlakunya fenomena gerhana matahari cincin, Khamis lepas.

Katanya ia merupakan ‘ritual penyembuhan’ yang menjadi kepercayaan sebahagian kelompok masyarakat di negara itu.

Cuba korang tengok video kat bawah ni.

Dalam rakaman video tersebut memaparkan kanak-kanak tersebut ditanam sehingga paras leher malah muka mereka turut dicalitkan dengan sesuatu.

Malah kanak-kanak tersebut turut dilihat menangis ketika upacara yang dilakukan di perkampungan Taj-Sultanpur, Karnataka India, walaupun ditemani ahli keluarga masing-masing.

Mengikut laporan kira-kira 10 kanak-kanak dijadikan ‘bahan’ untuk ritual tersebut, mereka dicampak dalam lubang sebelum lumpur dicampak kepada mereka dan seterusnya ditanam sehingga ke paras leher, lapor Sinar Harian.

1 17
Sumber: facebook
81219841 616919402377575 8638160439009607680 N
Sumber: facebook
2 11
Sumber: facebook

Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan dalam keadaan itu sehingga fenomena berakhir.

Mengikut cerita penduduk setempat, ibu bapa yang terlibat dengan ritual tersebut telah diberitahu tentang kelebihan gerhana matahari yang didakwa boleh sembuhkan anak mereka.

Bagaimanapun kesemua kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan pasukan pertugas perlindungan kanak-kanak yang bergegas ke kampung tersebut selepas menerima laporan berhubung ritual tersebut.

Baca: Mengisahkan ritual korban kanak-kanak Cerita Hitam Disebalik 5 Lagu Kanak-kanak Yang Catchy Ini

Lagu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.