Tak semua orang yang lepas keluar penjara akan insaf. Tak mengejutkan juga, ramai yang berpatah balik ke jalan lama sebab mungkin susah nak hidup semula macam orang biasa lepas keluar penjara.
Macam kejadian yang berlaku di Ipoh ini. Baru dua hari dilepaskan dari Penjara Tapah, seorang lelaki telah ditahan kerana dituduh meragut di Jalan Horley, Ipoh Baru pada tengahari semalam.
Menurut NST, ketua polis Ipoh Superitenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, suspek berusia 31 tahun ini baru saja menjalani hukuman penjara lapan bulan atas kesalahan dadah.

“Pada insiden 12.35pm ini, suspek dipercayai telah membonceng motosikal sebelum meragut beg tangan seorang wanita hingga menyebabkan wanita ini terjatuh dan sikunya cedera.”
Nordin berkata, mangsa telah membuat laporan polis pada pukul 1.30pm mengatakan begnya mengandungi wang tunai berjumlah RM300, dokumen identifikasi diri dan kad bank.
Kerana bantuan orang ramai, bekas banduan ini berjaya ditahan kurang dari lapan jam selepas insiden berlaku dan kini sedang mencari seorang lagi suspek yang terlibat.
Kalau korang nak tahu, kejadian ragut ini disaksikan oleh dua orang wartawan yang kebetulan melalui kawasan itu dengan kereta. Mereka juga sempat mengambil gambar kemalangan ini dan mendedahkan jenis dan nombor pendaftaran motor yang digunakan.
Kenapalah tak faham yang meragut tu bahaya? Macam cubaan membunuh jugaklah sebab tak tahu apa nasib mangsa. Ni nasib baiklah cedera dekat siku je.