in

“Jodoh di tangan Tuhan” – Gayatri Jawab Isu Hubungan Dengan Zul Ariffin

Syaz Ft 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, media sosial heboh apabila penerbit terkenal Gayatri Su-Lin Pillai dilihat memuat naik gambar menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga Zul Ariffin.


Menerusi laporan Kosmo!, penerbit filem Sangkar itu dikatakan memilih untuk tidak menjawab perhubungannya dengan pelakon terkenal itu.

Artikel berkaitan: “Dari dahulu lagi” – Zul Ariffin Jelaskan Gayatri Memang Selalu Beraya Dengan Keluarganya

Artikel berkaitan: “Dah get back ke?” – [VIDEO] Zul Ariffin Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Bekas Kekasih

Selain menyerahkan urusan jodoh kepada Tuhan, Gayatri juga berkata dia enggan terburu-buru menamatkan zaman bujangnya.

“Saya tidak akan jawab spekulasi hubungan dengan Zul. Saya pun sudah 49 tahun, kalau saya tergesa-gesa mahu berkahwin dari dulu lagi saya sudah buat.

Kahwin sememangnya perkara penting juga tetapi bukanlah sesuatu yang saya tekankan dari dulu.

Kalau jadi bersama Zul, jadilah. Jika dengan orang lain pun okey. Sekarang jodoh di tangan Tuhan,” katanya.

Apabila ditanya mengenai gambar beraya bersama, Gayatri yang mesra disapa Gaya itu berkata ianya sudah menjadi acara tahunannya beraya bersama keluarga Zul Ariffin.

Gayatri juga berkata arwah ibu Zul Ariffin, Allahyarham Robiah Nasir merupakan figura yang menjadi tempatnya mengadu selepas kehilangan bapanya.

“Sebenarnya saya dengan mak Zul memang sangat rapat dan saya sangat sayangkan dia. Mak saya strok dan selepas itu bapa saya pula meninggal dunia.

Jadi saya mahukan figura seorang ibu. Ibu Zul pula sangat baik dan suka ambil berat. Dia ibarat ibu angkat yang menjadi pendengar setia saya, bahkan saya selesa bersamanya.

Saya pula anak manja. Selepas bapa saya meninggal, dunia saya jadi gelap sampai saya terpaksa ambil masa bertahun-tahun untuk terima pemergian bapa,” katanya lagi.

Hubungan kedua-dua personaliti itu masih akrab meskipun pernah mengumumkan sudah putus hubungan, mereka sering dilihat bersama dalam pelbagai acara.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.