in

Rider Cuba Nak Curi Selipar, Bagi Alasan Nak Tengok Selipar Jenis ‘Anti Slip’ Lepas Kantoi Dengan Owner Rumah

ft curi selipar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan seorang penghantar makanan yang didakwa cuba mencuri selipar di sebuah rumah yang terletak di Singapura terbantut apabila perbuatannya itu sebenarnya sedang ‘diperhatikan’.

Menurut sumber, difahamkan kejadian ini berlaku pada 20 Januari lepas sekitar jam 4 pagi dan berdasarkan rakaman CCTV, penghantar makanan itu sampai ke depan rumah mangsa, menggantung makanan dan dengan cepat mencapai selipar yang terletak di atas rak kasut di sebelahnya.


Artikel berkaitan : Penghantar Makanan Maut Dirempuh Kereta Ketika Sedang Tunggu Lampu Isyarat Merah

Artikel berkaitan : Jadi Babysitter Jaga Anak Pemilik Restoran, Ramai Terharu Lihat Tindakan Penghantar Makanan Ini

Namun begitu, dalam beberapa saat, penghantar makanan itu dengan pantas meletakkan semula selipar tersebut. Rupa-rupanya perbuatannya itu diperhatikan oleh tuan rumah sejak dia menghantar makanan lagi.

Difahamkan, tuan rumah terus menghantar mesej kepada rider makanan tersebut sebelum tuan rumah itu menggertak penghantar makanan tersebut agar pulangkan semula barang yang diambil atau dia akan hubungi polis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SgfollowsAll (@sgfollowsall)

Pada mulanya, penghantar makanan itu buat-buat tak tahu namun setelah tuan rumah menjelaskan fasal selipar di rumahnya itu, penhantar makanan itu terus memberikan alasan yang tak logik, kononnya dia mahu memastikan sama ada selipar itu ‘anti slip’ atau tidak.

Susulan dengan kejadian itu, sumber mengatakan bahawa penghantar makanan tersebut telah ‘digantung’ daripada menjalankan kerja penghantaran makanan itu.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.