in

RFID Rosak & Tak ‘Detect’ Dekat Tol? PLUS Nak Bagi Pelekat Ganti Percuma Dekat Korang

Fi Free Rfid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita baik untuk pengguna lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS), gantian pelekat sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan diberikan secara percuma!


Menurut Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS Syed Mohammed Idid Syed Ahmed Idid, ketika ini petugas tambahan diletakkan di plaza tol untuk membantu mereka yang mengalami masalah dengan RFID.

“Kita ada orang standby dengan peranti ‘hand held’, kalau RFID tak dapat detect, kita akan bantu beli satu kupon untuk pergi ke fitment (pusat pemasangan) Touch ‘n Go (TnG) yang terdekat untuk check RFID. Kalau waktu itu TnG masih tak dapat detect, kita akan beri RFID tag yang baharu secara percuma” katanya.

Selain itu, Syed Mohammed Idid juga berkata pengguna lebuh raya tidak perlu lagi bimbang kerana kaedah pembayaran menggunakan kad TnG dan Smartag masih lagi terdapat di kebanyakan plaza tol seluruh negara.

Bagi menjawab persoalan serta rungutan orang ramai mengenai harga pelekat RFID yang dikatakan agak mahal pula, beliau berkata kos RM35 itu telah ditetapkan oleh pihak TnG.

Sebelum ini, kecoh isu kesesakan di lorong tol akibat kegagalan RFID ini berfungsi pada waktu puncak ketika hujan. Antara beberapa plaza tol yang terlibat termasuklah di kawasan Lembah Klang, Plaza Tol Putra Mahkota dan Sungai Besi.

Ia telah mengakibatkan ramai pengguna meluahkan rasa kecewa dan membuat aduan. Oleh hal yang demikian, PLUS telah mengambil tindakan, membuat penambahbaikan segera dengan menggandakan kehadiran para petugas di plaza tol selain meningkatkan keterlihatan signboard bagi pengenalan lorong RFID.

Baca: “Tanggal je terus terkoyak”- Pengguna RFID Mengeluh Pasal Kualiti Pelekat?

Baca Free Rfid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.