in

Respon Gadis Ini Terhadap ‘Scammer’ Yang Cuba Menipunya Memang Lucu

Bg2 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ini macam-macam cara orang buat semata-mata untuk mendapat duit lebih termasuklah menipu.

Baru-baru ini, seorang gadis bernama Jessica telah hampir-hampir ditipu oleh kononnya seorang lelaki kaya dari Amerika. Namun bukan helahnya yang menjadi perbualan orang ramai tetapi cara gadis tersebut membalas dendam terhadap penipu itu.


2 19
sumber : facebook

Cerita ini bermula apabila Jessica telah menerima friend request di Facebook dari seorang jejaka bernama Johnson Chris. 

Gambar lelaki tersebut telah menarik minatnya kerana lelaki tersebut kelihatan seperti seorang yang kemas dan segak, lalu Jessica pun menerima request tersebut.

Tidak lama selepas itu, mereka pun berbual di aplikasi messenger dan saling mengenali antara satu sama lain. Ketika itu, Jessica tidak mengetahui bahawa lelaki tersebut sebenarnya seorang penipu.

3 11
sumber : facebook

Semakin lama mereka berkenalan, mereka menjadi semakin rapat dan seterusnya bersetuju untuk memberi nombor telefon masing-masing supaya mereka dapat berbual dengan lebih mesra menggunakan aplikasi WhatsApp. Walau bagaimanapun, perangai lelaki tersebut tiba-tiba berubah menjadi lebih pelik.

Ia bermula apabila Johnson memberitahu gadis tersebut bahawa dia di dalam proses menerima projek besar di syarikatnya dan berjanji untuk menghantar hadiah pada Jessica jika dia berjaya mendapat kontrak tersebut. Amboi murahnya hati kau nak bagi hadiah tetiba!

4 18
sumber : facebook

Apabila dia dikatakan telah berjaya dapat ‘kontrak’ tersebut dan mahu hantar hadiah pada Jessica sebagai tanda terima kasih, tiba-tiba saja Johnson memberitahu bahawa bungkusannya itu perlu dibayar kepada ejen terlebih dahulu sebelum ia boleh diterima. 

Dari situ Jessica mula mengesyaki bahawa ‘Johnson’ merupakan seorang scammer dan mereka-reka cerita palsu untuk memperdayanya.

5 9
sumber : facebook
19894634 1455508461153860 4197646720563435603 N
sumber : facebook

Mujur, gadis itu tidak termakan hasutan lelaki tersebut dan tidak percaya akan janji-janji palsunya itu. Macam mana nak percaya, kata dari Amerika tapi English pun ke laut!

Berang dengan situasi itu, gadis tersebut terus mencari cara untuk mengenakan lelaki itu kembali. Oleh sebab dia tidak memahami Bahasa Melayu, dia terus menggunakan kesempatan itu untuk memerli dan membalas dendam terhadap lelaki yang licik itu.

6 11
sumber : facebook

Selepas ‘ejen’ tempatan itu menghantar butiran akaun kepada Jessica, dia membuat keputusan untuk membalas dendam dan mengenakan mereka pula.

8 5
sumber : facebook
9 2
sumber : facebook

Bukan itu sahaja, gadis tersebut juga menulis resit olok-olok mengatakan dia sudah membuat pembayaran pada ejen untuk memerli lelaki tersebut.

Sedar dia ditipu, Johnson terus memaki gadis itu dalam Bahasa Inggeris yang tunggang langgang. Kelakar weh!

11 4
sumber : facebook
19905271 1455509337820439 5268706235820719933 N E1499940321959
sumber : facebook

Kini, Johnson telah pun menyekat akaun Jessica di Facebook dan menukar namanya menjadi David Ling Ling untuk meneruskan lagi misi penipuannya itu.

13
sumber : facebook

Memang padan dengan muka scammer tu. Nak tipu orang, kan dah kena tipu balik!

Baca : Lelaki Hampir Tertipu Dengan Panggilan Palsu Dari Hong Leong Bank Arah Bayar Hutang RM3000

1 26 E1499935469810

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.