in

RESPEK! Polis Non Muslim Jaga Roadblock Waktu Anggota Muslim Buka Puasa

Combine Polis 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini merupakan hari keenam umat Islam menjalani ibadah puasa. Walaupun berpuasa sekatan jalan raya sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP) masih tetap dijalankan. Pihak berkuasa masih gigih menjalankan tugas demi keselamatan rakyat Malaysia.


Oleh itu, sistem giliran bagi pegawai polis non Muslim untuk menggantikan anggota Muslim ketika waktu berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib telah dilaksanakan di daerah barat daya di Pulau Pinang, lapor The Star.

Bagus juga sistem ni kan. Jadi polis yang nak berbuka puasa pun tak perlu rushing-rushing. 

Polis2 2

Menurut laporan, sistem ini dilakukan bagi memastikan pegawai polis yang beragama Islam mendapat keselesaan sewaktu berbuka puasa dan bukan hanya dengan meneguk air sahaja lalu melanjutkan tugas.

“Seramai 39 pegawai polis non Muslim di daerah barat daya dan mereka akan ditempatkan di lapan sekatan jalan raya dari jam 7 malam hingga 8 malam”

Polis 3 1

Kaedah ini juga bertujuan untuk menguatkan lagi kerjasama antara pegawai walaupun berlainan agama sekaligus dapat mewujudkan masyarakat harmoni dan prihatin.

#KItaJagaKita

Baca : “Atas putih bawah hitam” – Salute! Viral Gambar Anggota Polis Sunburn Lepas Berpanas Waktu Roadblock

Polis 2

 

 

 

Sumber: The Star
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.