RENTAP: Pejuang Iban Paling Digeruni Penjajah Brooke

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Mungkin ramai yang ingat-ingat lupa. Tapi masa zaman sekolah dulu, kita semua pernah belajar kan tentang pejuang kemerdekaan yang mempertahankan negara hingga ketitisan darah terakhir? Salah seorang darinya yang jadi kebanggaan orang Sarawak ialah Rentap, pejuang Iban yang melawan kekejaman British.

Bersempena bulan kemerdekaan ini, kami senaraikan sebab mengapa Rentap ialah pejuang Sarawak yang paling digeruni Rajah Putih Brooke.

 

1. Antara pejuang terawal yang menentang pemerintahan Brooke

Pejuang Dayak (Iban) ni pada asalnya bernama Libau anak Ningkan dan mendapat gelaran Rentap apabila dia memenggal kepala musuh yang pertama. Selain panggilan Rentap, beliau jugak dipanggil ‘Raja Darat’ dan merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas.

Sumber: Twitter

Penjajahan Brooke yang menjadi Rajah di Sarawak membuatkan Rentap tidak puas hati dan menggelarkan pemerintah ni sebagai lanun. Tapi lain pulak dengan James Brooke, dia kembali tuduh Rentap dan orang Iban sebagai lanun di Sungai Skrang. Eh boleh pulak macam tu! 

Sumber: WOB

Marah dengan tindakan Brooke seperti merampas tanah orang Iban dan memaksa orang Sarawak bayar pelbagai cukai, beliau akhirnya merancang untuk menyerang Rajah ni di kubu British dekat Sungai Skrang pada 19 Ogos 1844. Buat pertama kalinya, Rentap berjaya dan kemenangan ini buat lebih ramai orang Iban menyanjunginya.

 

2. British kembali menyerang tapi… 

Pada 24 Julai 1849, Brooke kembali bersama askarnya dan menyerang kampung Rentap. Rajah Sarawak ni bawa bersama kapal tentera laut, H.M.S Royalist, H.M.S Ranee dan 8 lagi kapal kecil masuk kawasan Skrang dan Saribas. Kemudian pada 31 Julai 1849, perang terbesar kat Sarawak tercetus dan membunuh lebih kurang 500 orang Rentap! Namun kejayaan tetap berpihak kepada Rentap sebab dia berjaya lindungi orang penting dalam kampungnya.

Sumber: WOB

Brooke yang kejam pulak telah membakar 20 buah rumah panjang di kampung Rentap, sehingga menyebabkan Rentap sendiri dan orang kampungnya terpaksa berundur ke Sungai Lang iaitu hulu Sungai Skrang. Walau bagaimanapun, Brooke berjaya merampas kubu Rentap dan rumah panjang di Sungai Lang.

Sumber: Blog

Ini menyebabkan Rentap terpaksa berundur pulak ke Bukit Sadok dan kemudian membina kubu yang lebih kuat untuk melindungi diri mereka daripada serangan British.

 

3. Kubu Bukit Sadok yang menggerunkan! 

  • Diserang kali pertama

Bagaikan dendam tak habis-habis, James Brooke telah menghantar Sir Charles Brooke untuk menyerang kubu Bukit Sadok pada tahun 1857.

Sumber: Wikipedia

Sir Charles ni boleh dikatakan hebat jugaklah. Dia berjaya yakinkan 3,000 orang Iban dan 500 orang Melayu untuk ikut menentang di kubu Bukit Sadok. Tapi semuanya macam sia-sia sebab kubu ni memang tak dapat dikalahkan. Bukan tu je, British jugak gagal capai kejayaan sebab meriam bernama “Bujang Timpang Berang” digunakan untuk pertahankan kubu tu.

 

  • Serangan kedua

Masih tak putus asa untuk kalahkan Rentap, Sir Charles Brooke cuba untuk serang Bukit Sadok sekali lagi pada Ogos 1858. Macam manapun, dorang masih tak mampu sebab kubu ni memang telah dibina dengan ciri-ciri keselamatan yang hebat. Merasakan ini bukan time yang baik, Sir Charles dan askar-askarnya terpaksa berundur.

Sumber: Blog

Semasa pertempuran tersebut, Rentap sempat berkata,

Bawalah semua meriam dari Eropah sekalipun, kami takkan takut dengan kamu orang Eropah!” 

Fuh balik-balik orang Eropah yang gerun dengan dia! 

 

  • Serangan ketiga

Dendam lama nampaknya kembali membara! Serangan yang ketiga ni diketuai oleh musuh lama Rentap iaitu James Brooke pada September 1861.

Dalam peperangan ni, Rentap dan pahlawannya telah diserang dalam jarak yang dekat menggunakan pistol Six-Pounder dan sebuah meriam yang dipanggil “Bujang Sadok”. Semasa pertempuran tu, kedua-dua belah pihak saling berbalas tembakan meriam dan lepas sebulan, barulah pihak British dapat tawan Bukit Sadok. 🙁

Sumber: WOB

British mencapai kemenangan dan James Brooke membakar tempat tinggal Rentap serta kubu Bukit Sadok tersebut.

 

4. Akhir hayat Rentap 

Lepas kekalahan mengejut di Bukit Sadok, Rentap dan orang-orangnya berundur ke Bukit Lanjak yang kini dikenali sebagai Entabai. Mereka cuba merancang untuk menyerang hendap British lagi tapi… perjuangan Rentap berakhir apabila dia meninggal dunia pada usia 70 tahun.

Sumber: WOB

Sungguhpun Rentap sudah tiada, legasinya terus membakar di hati rakyat Malaysia. Laungan “Agi Idup, Agi Ngelaban” (Selagi Hidup, Selagi Itu Melawan) masih kekal diingatan dan digunakan sebagai motto Rejimen Renjer Diraja Malaysia.

Diharapkan bersempena sambutan kemerdekaan yang akan datang ini, sama-samalah kita menghargai dan mengingati perjuangan pahlawan yang menentang musuh demi mendapatkan kemerdekaan untuk negara.

Tabik hormat buat pejuang Iban ni! 

Baca: Kenalkah Anda Dengan 7 Pejuang Kemerdekaan Ini? 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!