in

Rempuh 2 Kenderaan Dengan Kereta Pinjam, Pemandu SUV Diburu Polis Lepas Larikan Diri

Pemandu Produa Kembara Diburu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki yang disyaki memandu secara berbahaya sebelum melanggar dua kenderaan dan melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya kini sedang diburu polis.

Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya Persekutan pada 20 Jun lalu sebelum ia ditularkan di media sosial sejak semalam.


Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.10 petang ketika lelaki tempatan berusia lingkungan 59 tahun itu memandu dari arah Shah Alam menghala ke Kuala Lumpur.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kenderaan dipandu suspek dipercayai dipandu secara berbahaya sebelum melanggar sebuah kereta dan sebuah motosikal.

“Selepas kemalangan berlaku, pemandu Perodua Kembara itu bertindak meninggalkan kenderaannya di lokasi sebelum melarikan diri.

“Akibat kejadian itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Sunway untuk menerima rawatan,” katanya.

 

View on Threads

 

Artikel berkaitan: Seorang Wanita Ditahan Lepas Pandu Secara Berbahaya, Hampir Langgar Polis Trafik

Artikel berkaitan: Adik Pemandu Kereta Mewah Ditahan, Pandu Melulu Punca Nahas Ragut 4 Sekeluarga Di Kluang

Kereta dipandu milik bengkel

Dalam kenyataan sama, siasatan awal polis mendapati kereta Perodua Kembara itu dipercayai milik bengkel kereta.

“Siasatan awal setakat ini, dipercayai kereta itu milik bengkel kereta yang dipinjamnya selepas keretanya rosak.”

Sehubungan itu, usaha mengesan pemandu terbabit sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Polis juga menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang dan tindakan tegas akan diambil.

Sumber: Harian Metro, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.