in

Remaja Mati Terkena Serangan Jantung Lepas Main PUBG 6 Jam Tanpa Henti

Teenager Meets His Maker After 6 Hours Of Non Stop Pubg Which Triggered Cardiac Arrest World Of Buzz 3

Permainan video memang boleh buat orang leka. Berapa ramai antara korang yang hari-hari tak cukup tidur sebab main game? Selain kurang tidur, korang juga berisiko untuk mati hanya sebab main game tau.

Macam kes yang berlaku dekat India ni, seorang remaja Furkhan Qureshi dari Madhya Pradesh telah mengalami serangan jantung selepas bermain PUBG selama enam jam tanpa henti! 6 jam tu tak lah lama sangat, admin sure korang pernah main lagi lama dari dia kan?

Menurut WORLD OF BUZZ, Furkhan bermain permainan video di telefon bimbitnya selama enam jam sebelum dia jatuh dan tak sedarkan diri pada 28 Mei lalu.

Pakar Kardiologi yang merawat Furkhan berkata, ketika remaja ini dibawa ke hospital, nadinya dah tak berdenyut.

Teenager Meets His Maker After 6 Hours Of Non Stop Pubg Which Triggered Cardiac Arrest World Of Buzz 2

Kami cuba selamatkan dia tapi gagal.”

Difahamkan, permainan video boleh membuatkan seseorang mengalami tahap keterujaan yang tinggi hingga boleh menyebabkan serangan jantung.

Kalau korang nak tahu, Persatuan Psikiatri Amerika mengatakan, tanda dan simptom ketagihan bermain permain video adalah sama dengan gangguan kompulsif yang lain seperti ketagihan seks.

Ketagihan permainan video adalah gangguan yang semakin diiktiraf oleh komuniti perubatan selepas kes kematian akibat bermain game meningkat di seluruh dunia.

Lepas ni kalau nak main game, jangan ikutkan nafsu sangat. Dua jam sehari pun ok kan?

 

Baca: Gila Sangat PUBG, Selamba Pengantin Lelaki Main Masa Tengah Bersanding

Screenshot 2019 06 03 At 11.34.54 Am