in

Remaja Ditemui Mati Tersepit Antara Jurang Lif dan Siling di Alor Setar

Budak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sungguh menyayat hati! Ibu bapa mana yang dapat menahan perasan apabila melihat anak remaja mereka meninggal dalam keadaan tragis seperti ini.


Mangsa, Muhammad Zairul Naim Zaini yang baru berusia 16 tahun telah ditemui mati tergantung antara tingkat satu dan dua di sebuah kedai perkakasan dekat Jalan Pekan Pendang akibat tersepit pada lif barang, lapor Utusan Online.

Tersepit 1
sumber: nst

Semuanya bermula ketika mangsa dikatakan sedang memasukkan beberapa buah tilam ke dalam lif barang sebelum lif tersebut tiba-tiba ternaik. Tubuh Zairul yang berada di antara jurang lif tersebut akhirnya tersepit hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia. Aduh ngerinyaaa…

19748749 2007109586192894 7805007445266273966 N
sumber: facebook

Rakan sekerja mangsa yang menyedari akan kejadian tersebut bergegas menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat untuk bantuan. Mayat mangsa akhirnya dikeluarkan selepas 45 minit pihak bomba bertungkus-lumus menggunakan peralatan khas memotong besi lif untuk memberi ruang untuk mengeluarkan tubuh.

19665129 2007109612859558 29370102898812628 N
sumber: facebook
19656965 2007109646192888 7765904080058426356 N
sumber: facebook
19657086 326448727810842 4324464642074186811 N
sumber: utusan online

Menurut bapa mangsa, Zaini Saad, berita duka itu diketahuinya setelah salah seorang rakan sekerja anaknya datang ke rumah di Kampung Paya Rimau pada jam 3.30 petang untuk memaklumkan hal tersebut.

Zaini yang tiba bersama isteri di kedai perkakasan itu telah dihalang masuk pada mulanya. Namun setelah dia berkeras dan diberi peluang untuk masuk melihat mayat Zairul, secara tiba-tiba dia pula jadi longlai akibat tidak dapat menahan perasaan.

Bahagian dada anak saya ‘terkoyak’ bermula dari bawah kerongkong hingga dada.”

19702009 1877465192574607 6026118902272117369 N
sumber: facebook
19875247 1877465172574609 4281920228928141494 N
sumber: facebook

Bapa mangsa akhirnya dibawa keluar dari tempat kejadian untuk memberi ruang kepada pihak bomba menjalankan tugas mereka. Menurut Zaini, mangsa merupakan anak yang taat dan sudah mula bekerja sejak usianya 15 tahun lagi.

“Dia seorang anak yang baik. Apabila saya menasihatkannya supaya bekerja setelah tidak mahu lagi bersekolah ketika berusia 15 tahun, dia menuruti sehingga sudah mampu berdikari selepas melakukan pelbagai pekerjaan,” katanya.

Tersepit Family
sumber: malay mail

Malah menurutnya lagi, Zairul baru saja bekerja di tempat terbabit sejak empat bulan lalu untuk membantu keluarga dan tiga orang adiknya selepas mangsa berhenti kerja di sebuah kedai makan dekat Kuala Lumpur dulu.

Walau bagaimanapun, kedua-dua ibu bapa mangsa redha dengan takdir yang menimpa anak sulung mereka.

Mayat mangsa bakal dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kuala Rimau, Pendang setelah proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selesai.

Takziah buat keluarga mangsa. Semoga arwah ditempatkan bersama para solehin. Al Fatihah…

Baca: Pasangan Warga Emas Trauma Selepas Terperangkap Dalam Lif Selama 25 Jam

Bg2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.