Apabila kita melancong ke sesebuah kawasan, benda pertama yang kita cari pastinya makanan yang popular di situ. Sebagai contoh, New York terkenal dengan gerai hot dogs dan Itali pula terkenal dengan pasta serta pizza mereka.
Turut tidak terkecuali, bandar Dongyang di China juga mempunyai makanan popular mereka yang tersendiri. Resepi ini adalah hasil turun temurun daripada nenek moyang penduduk setempat, yang telah diwarisi selama ribuan tahun.
Virgin boy eggs
Telur rebus sangat popular dan dijual oleh ramai penjual di bandar ini. Namun, telur rebus tersebut bukanlah dimasak seperti apa yang dibayangkan oleh anda.
Ia dimasak dengan menggunakan air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur 10 tahun dan ke bawah. Ya, anda tidak salah baca, memang air kencing!
Sudah menjadi kebiasaan di bandar itu, pihak sekolah akan mengarahkan kanak-kanak lelaki di bawah 10 tahun untuk membuang air kecil di dalam baldi, yang kemudiannya akan dijual kepada para peniaga telur rebus.
Menurut kepercayaan mereka, telur yang direbus dengan air kencing ini mempunyai banyak khasiat seperti melancarkan peredaran darah dan boleh mengelakkan diri daripada terkena strok haba.
Cara untuk memasak telur rebus ini mudah sahaja, telur akan direndam di dalam satu bekas air kencing dan kemudiannya direbus selama beberapa minit sehingga masak.
Untuk menjaga kualiti telur, air kencing yang baru akan dituang setiap beberapa jam sepanjang tempoh telur dimasak.
Menurut salah seorang penjual di situ, harga untuk telur rebus air kencing adalah dua kali ganda tinggi berbanding dengan telur rebus biasa, ekoran rasanya yang sedap dan berkhasiat.
Persoalannya sekarang, siapa berani cuba virgin boy eggs ini?
Kredit: Mary Sue
BACA: Wanita Sanggup Pecah Masuk Tingkap Masa Banjir Demi Selamatkan Patung Gundam Suami