in

Rasuah SRC International : Peguam DS Najib Anggap Hakim Nazlan Ghazali ‘Berat Sebelah’?

Ft Rayuan Rasuah Src Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Permohonan untuk memasukkan keterangan baharu dalam rayuan rasuah SRC International yang melibatkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak didengari Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat bersama panel-panel hakim lain di Mahkamah Persekutuan hari ini.


Ia turut dibarisi oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim Mahkamah Persekutuan, Nallini Pathmanathan, Mary Lim dan Mohamad Zabidin Diah.

Menurut laporan FMT, Najib Razak ingin mendapatkan perbicaraan semula kes yang menyaksikan beliau disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman dua tahun lalu.

Dakwa hakim ‘berat sebelah’

Screenshot 2022 08 15 143003

Dalam proses rayuan berhubung sabitan mengenai kes SRC International itu, Najib diwakili peguam utama Hisyam Teh Poh Teik. Pasukannya juga termasuk peguam Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat dan Ruben Mathiavarnam.

Sementara itu, Peguam V Sithambaram, yang diberikan lesen khas oleh peguam negara, mengetuai pasukan pendakwaan dan beliau dibantu Donald Joseph Franklin, Sulaiman Kho Kheng Fuei serta Mohd Ashrof Adrin Kamil.

Para peguam Najib Razak akan berhujah mengenai hakim Nazlan Ghazali yang bertanggungjawab mendedahkan semua fakta dan keadaan yang dianggap akan mencemarkan kesaksamaan atau kebebasan hakim kepada pihak pendakwaan dan pembelaan sebelum perbicaraan dimulakan.

 

Gagal dedah pembabitan menjelang SRC

2022 08 15T050215Z 1187754568 Rc2Rwv9Vql1Q Rtrmadp 3 Malaysia Politics Najib 2563011 20220815135207

Mereka juga bakal membahaskan Nazlan yang sebelum ini selaku peguam dan setiausaha syarikat Maybank Group antara tahun 2006 dan April 2015 itu gagal mendedahkan pembabitannya menjelang penubuhan SRC, pinjaman RM140 juta yang diberikan untuk manfaat SRC dan kemudahan kredit RM4.17 bilion yang diberikan kepada syarikat induk, 1MDB.

Mereka turut akan berhujah bahawa, Nazlan yang mengetuai panel ketika berada di bawah “konflik kepentingan serius” telah mendatangkan “risiko berat sebelah” dan telah mencemarkan hak Najib untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.

Najib mendakwa bahawa beliau hanya mendapat makluman tentang konflik mengenai kepentingan Nazlan ini pada 9 Mei dan 7 Julai tahun ini, selepas menerima beberapa dokumen yang dihantar seorang individu yang namanya tidak didedahkan.

Ia termasuklah minit ketiga dalam mesyuarat yang dijalankan pada 7 Mac 2012, dimana Nazlan turut sertai dalam mesyuarat itu. Ia adalah mesyuarat jawatankuasa pengurusan kumpulan, mesyuarat semakan jawatankuasa kredit dan mesyuarat lembaga khas.

Dokumen tersebut ada juga mengandungi urutan e-mel dan dokumen lain pada Februari 2015 yang hanya diketahui Najib, yang dikatakan mereka, menjadikannya saksi berpotensi kes itu.

Walaupun ianya relevan dengan pertuduhan, peguam Najib akan memberitahu kepada mahkamah tinggi bahawa dokumen itu tidak didedahkan oleh pihak pendakwaan kepada pembelaan sepertimana yang dikehendaki undang-undang.

 

Gesa SPRM tentukan mengemukakan rekod siasatan sama ada Nazlan membicarakan kes ini

Mohd Nazlan Mohd Ghazali

Mereka juga akan meminta keterangan lisan tambahan diambil daripada lima orang saksi iaitu bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan 4 lagi pegawai SPRM yang menyiasat Nazlan pada awal tahun ini.

Mereka turut menggesa SPRM untuk mengemukakan rekod siasatan bagi menentukan sama ada Nazlan wajar membicarakan kes ini.

Peguam Najib juga akan memberikan hujahan bahawa beliau tidak boleh dianggap telah mengetepikan haknya untuk membantah Nazlan mendengar kes itu kerana tidak tahu kepentingan hakim sebelum dan semasa perbicaraan.

Untuk rekod, Najib disabitkan bersalah oleh Nazlan pada 28 Julai 2020 atas tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan RM42 juta dana SRC International selepas perbicaraan selama 76 hari. Beliau dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta.

Baca : [TERKINI] Mahkamah Rayuan Kekal Keputusan, Najib Bersalah Semua Pertuduhan Kes SRC

Fgdyb7Bucaaodsa

Sumber: FMT
Sumber: TheSunDaily
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.