Jika baru-baru ini kantoi satu jenama minuman popular menggunakan hasil kerja orang lain tanpa memberikan bayaran didedahkan di laman sosial, kini ada lagi berita tidak elok yang diperkatakan tentang jenama minuman yang sama.
Menurut perkongsian yang dibuat oleh seorang lelaki di laman Facebook miliknya, pengguna laman sosial dikenali sebagai Hasler Hoho ini mendedahkan bahawa dia telah membeli segelas bubble tea di sebuah kedai minuman popular.
Membuat pembelian di cawangan kedai minuman tersebut yang terletak di Bukit Jalil, Hasler menceritakan bahawa dia telah menjumpai sesuatu yang menjijikkan di dalam minumannya. Hasler pada ketika itu telah memesan segelas besar Classic Roasted Milk Tea bersama pearls.
Seperti diketahui ramai,pearls yang diletakkan dalam minuman selalunya berbentuk bulat. Namun, Hasler merasa sesuatu yang berbeza dan agak pelik di dalam mulutnya sewaktu meminum minuman yang dipesan.
“Sewaktu sedang menyedut minuman, aku rasa pelik dalam mulut, rasa macam jelly panjang. Pearl sepatutnya bentuk bulat, jadi aku keluarkan dengan jari aku. Rupa-rupanya anak cicak!” kata Hasler dalam entri yang ditulis di Facebook miliknya.
Hasler yang begitu terkejut kerana telah termakan seekor anak cicak, cepat-cepat meludah cicak tersebut dan mengoyakkan penutup minuman tersebut. Hasler kemudiannya turut meludah semua pearls yang berada di dalam mulutnya. Nasib baik tak sempat telan cicak oi!
Sejurus selepas itu, Hasler melihat bahawa anak cicak itu rupa-rupanya telah kehilangan ekornya! Mungkin dah tertelan! Berikutan hal itu, Halser telah memaklumkan hal tersebut kepada pihak pengurusan minuman popular berkenaan dan mereka kini sudah sedia maklum akan hal yang telah berlaku.
Hasler tidak mengemas kini sebarang status memberitahu tindakan selanjutnya yang diambil oleh pihak pengurusan jenama minuman terkenal tersebut namun memberi peringatan kepada semua yang membeli minuman sebegitu agar lebih berhati-hati ketika meminum air sebegitu.
Hati-hati kalau beli teh dengan pearls ye semua, takut termakan jelly panjang macam ni!
Baca: Kedai Minuman Popular Ini Kantoi Guna Hasil Kerja Orang Lain Tanpa Beri Bayaran