in

Rasa Macam Ada Benda Tersekat, Lelaki Tarik Cacing Hidup Keluar Dari Punggung Masa B*rak

Collage 34

Seorang lelaki berusia 44 tahun dari Thailand terkejut beruk bila dia tarik cacing pita yang masih bergerak dari lubang punggungnya!

Menurut Daily Mail, Kristada Ratprachoom ketika itu baru lepas hantar anaknya ke sekolah dan ingin membuang sebelum meneruskan harinya.

Namun, lepas dia selesai, dia rasa macam dia tak boleh nak membuang dengan betul. Macam ada benda tersekat.

Bila dia bangun dari jamban untuk tengok apa benda yang tersekat, dia ternampak sesuatu terkeluar dari punggungnya. Pada awalnya dia ingat benda tu adalah benang dari pembedahan apendiksnya beberapa minggu lepas dan cuba untuk tarik “benang” tersebut.

22048064 7775831 Image A 95 1575974936426
Sumber: daily mail

Namun, bila dia tarik, dia sedar benda tu tak rasa macam benang tapi rasa melekit dan elastik!

Lepas dia tarik, rupanya benda tu adalah cacing pita hidup berukuran 32 kaki! Weh panjangnya! Manusia pun baru 5, 6 kaki!

Dia kemudiannya pam cacing tersebut ke dalam lubang tandas dan sampai sekarang dia tak tahu macam mana cacing tu boleh masuk ke dalam badannya.

22048062 7775831 Image M 94 1575974926976
Sumber: daily mail

Menurut Kid’s Health, cacing pita masuk ke dalam badan bila seseorang makan dan minum sesuatu yang dah dijangkiti cacing dan telurnya. Bila dia ada dalam badan, cacing ni akan melekat pada dinding usus dan makan makanan yang masuk.

Dalam video kat bawah ni, korang boleh tengok yang cacing tu still bergerak! 🤮

Giphy
Sumber: daily mail

Brb, nak makan ubat bunuh cacing!

 

Baca: “Saya selalu sakit kepala” – Cacing ‘Duduk’ Dalam Kepala Lelaki Sejak 30 Tahun Lalu Sebab…

Screenshot 2019 12 12 At 12.06.06 Pm