“Rasa cikgu tu libas guna seluar la” – Ibu Terkejut Tengok Badan Anak Berkelar Lepas Balik Sekolah, Cikgu Kata Kesan Peluk

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Selepas viral seorang ustazah kena merangkak itu, nampaknya isu tentang hal cikgu dengan ibu bapa semakin menjadi-jadi, cuma kali ini perbuatan cikgu pula yang membuatkan netizen marah.

Si ibu kepada anak buah @waniech0 ini mendapati ada kesan birat dan kemerah-merahan dibelakang badan, dan bila ibu tanya cikgu tersebut alasan yang diberikan sangat tak munasabah.

 

Saya peluk dia”

CIkgu tersebut kata dia ada ajar anaknya cara memakai seluar dengan betul, ketika kanak-kanak tersebut enggan melakukan arahan, dia peluk kanak-kanak itu dan ia penyebab badan jadi merah.

Cuba korang tengok ni macam tak logik je.

 

Bila lihat kesan lebam itu memang terang-terang tak logik, sedangkan kita yang dewasa pun bila dipukul sampai ada kesan macam ni rasa sakit, apatah lagi bila kanak-kanak yang kulitnya itu boleh dikatakan masih mentah lagi.

Ramai netizen bengang dengan cara cikgu tu berdalih, bahkan mereka syak yang badan dia kena libas dengan seluar tu.

 

Macam kena libas dengan seluar – Netizen

Rata-rata lebih daripada 12K netizen yang retweets  perkongsian ini menyokong bahawa alasan yang cikgu itu berikan memang tak logik.

Ramai yang menggesa agar si ibu kepada kanak-kanak malang ini untuk laporkan kepada pihak polis.

 

Baca : “Di mana maruah cikgu?!” – [Video] VIRAL! Parent ‘Denda’ Ustazah Suruh Merangkak Dalam Kelas Depan Anak Murid!

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?