in

Rapid Rail Mohon Maaf, Masalah ‘Work Car’ Punca Perkhidmatan Monorel Terganggu

monorel kl terganggu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkhidmatan Monorel Rapid KL terganggu pagi tadi susulan insiden teknikal antara stesen Medan Tuanku dan Chow Kit, menyebabkan sebuah tren tidak dapat bergerak.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata pegawai transit yang berada di dalam tren itu berjaya memindahkan penumpang ke stesen berhampiran.


Pihaknya berkata, gangguan perkhidmatan monorel itu berpunca daripada masalah teknikal melibatkan work car atau jentera penyelenggaraan.

“Gangguan perkhidmatan itu berpunca daripada sebuah work car (jentera penyelenggara) yang terkandas di Suis 4 disebabkan bogie (kerangka tayar) rosak.

“Keadaan itu menyebabkan tren yang ada di depoh tidak boleh keluar,” kata Ketua Pegawai Operasi Laluan Monorel Rapid Rail Sdn Bhd Mohd Ariffin Idris.

Menurutnya, kerosakan berkenaan sudah pulih sepenuhnya dan mula beroperasi seperti biasa pada 9.42 pagi.

“Rapid Rail selaku pengendali perkhidmatan Monorel KL ingin memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pengguna pagi tadi,” katanya.

Artikel berkaitan: “London bandar terkaya…” – Mat Salleh Persoal Kenapa Tiada Monorel Di London Tapi Di Malaysia Ada

Artikel berkaitan: Terbengkalai Lebih 20 Tahun, Jambatan Monorel Putrajaya Bakal Jadi Laluan Pejalan Kaki, Basikal Mulai 2026

Sehubungan itu, pihaknya menasihati pengguna untuk merujuk kepada laman sosial Rapid KL bagi mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini status perkhidmatan.

 

View on Threads

 

Terdahulu, tular video menunjukkan tren monorel tidak bergerak di landasan dan penumpang dilihat dipindahkan dari satu tren ke tren lain dengan bantuan kakitangan Rapid Rail.

Sumber: Astro AwaniFMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.