in

Rapid KL Buat U-Turn, Tak Jadi Batal Penjarakan Sosial

Rapid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Rapid KL ada membuat kenyataan yang mereka akan beroperasi seperti normal tanpa melakukan penjarakan sosial.

Bagaimanapun, tak lama kemudian pengumuman itu ditepis oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri dengan menegaskan Rapid KL tidak diberikan kebenaran oleh MKN untuk menukar peraturan itu.


Terbaru, pihak ada tampil memberikan kenyataan sekali lagi bahawa mereka akur dengan arahan kerajaan untuk patuh polisi penjarakan sosial. Lapor The Star.

Rapid Rail selaku pengendali kepada perkhidmatan rel di bawah jenama Rapid KL akur dengan keputusan kerajaan untuk meneruskan penjarakan sosial di dalam LRT, MRT dan Monorel.”

Katanya lagi, polisi itu akan dilaksanakan sehinggakeputusan baru dibuat oleh pihak kerajaan.

Sehubungan dengan itu, kami menyeru kepada semua penumpang yang akan kembali bekerja pada 10 Jun diharap dapat mematuhi polisi yang telah ditetapkan dan sentiasa memberi kerjasama dengan pasukan Rapid KL yang bertugas di stesen.”

Jadi, pengguna diminta merancang perjalanan anda memandangkan bilangan penumpang akan bertambah. Kami amat menghargai komen dan pandangan rakyat Malaysia mengenai operasi perkhidmatan rel bandar.

 

Baca : TERKINI: TIADA KEBENARAN Untuk Rapid KL Hapuskan Penjarakan Sosial Pengangkutan Awam

Mmmm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.