in

Rambut Elvis Presley Dilelong Dengan Harga RM 32,665

Ft Elvis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je tak kenal legenda Rock and Roll, Elvis Presley yang cukup terkenal dengan lagunya, Can’t Help Falling In Love dan Suspicious Mind. Kehebatan lagenda itu menyebabkan segala barangan peribadi miliknya menjadi kegilaan peminat.


Tapi siapa sangka, rambut milik legenda itu juga antara barangan yang bakal dilelong kepada orang ramai pada 19 November ini.

Selain rambut penyanyi itu, raket yang pernah digunakannya akan turut dilelong di acara jualan muzik di Hansons Auctioneers di Bishton Hall, Wolseley Bridge, Stafford.

Capture 8 4

Apa yang menariknya rambut penyanyi itu dikatakan akan dilelong bermula pada harga 4,000 £ (RM21,777) hingga 6,000 £ (RM32, 665).

Koleksi rambut itu masih berada dalam keadaan baik selain disertakan dengan kad cenderahati yang berbunyi “Kad ini mengandungi rambut Raja Rock ‘n’ Roll yang digunting oleh Encik Gil dari Memphis, sentiasa menjadi kenangan anda pada masa depan- Elvis 1935-1977.”

Koleksi tersebut merupakan barangan milik seorang peminatnya yang kini berusia 75 tahun, Tom  Unwin.

Menurut Umwin, rambut legenda itu yang dipotong oleh pendandan rambut Elvis, iaitu Homer Gilleland dibelinya kira-kira 10 tahun yang lalu, lapor Harian Metro.

Manakala raket tersebut sudah dimilikinya sejak tahun 2002 lagi.

Capture 1 3 7

Koleksi tersebut diperolehinya daripada seorang pengendali kelab Elvis Presley.

“Saya menjadi peminat Elvis sejak usia saya masih 15 tahun lagi.

“Saya mengumpul kenangan seumur hidup saya. Segala-galanya anda boleh bayangkan hanya untuk Elvis.

“Saya pernah ke rumahnya beberapa kali di Graceland, Memphis, Tennessee dan bertemu dengan rakan kumpulannya dan isterinya, Priscilla Presley,” 

Akhirnya setelah lebih 10 tahun menyimpan koleksi tersebut, Unwin mahu berkongsi kegembiraannya selama ini dengan menjual koleksi milik penyanyi itu.

“Saya menjualnya sekarang kerana saya sangat gembira menunjukkan kenangan Elvis yang saya miliki kepada rakan beberapa tahun ini.

Macam ni la baru peminat. Korang rasa, apa lagi koleksi yang peminat Elvis simpan ya?

Capture 8 3
Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.