in

“Orang tanya sepatah, dia jawab sepatah” – Netizen Puji Karakter Bersahaja Sifu M. Nasir Dalam Temuramah Rancangan Hiburan

Untitled Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je tak kenal penyanyi legenda Datuk M. Nasir kan? Sebut je nama ni terus lagu-lagu berhantu dia datang menyinggah dalam kepala.


Semua lagu dia, bukan jenis yang buat kita layan goyang kepala semata macam kebanyakan yang dihasilkan penyanyi alaf baru ni ye — malah lebih dari sekadar hiburan buat halwa telinga.

Setiap lirik dan bait hasil sentuhan emas sifu membawa suatu pengertian yang amat mendalam, hanya buat mereka yang gemar berfikir dan mengambil hikmah daripada karyanya.

Haa, sampai begitu sekali kita terbawa-bawa menulis acapkali berbicara tentang sang legenda ni kan? Begitu kuat impak karakter seorang lelaki bernama M. Nasir.

Baru-baru ni, penyanyi dan komposer itu muncul dalam sebuah rancangan hiburan yang dihoskan dua pengacara popular sempena sambutan Aidilfitri.

Lejen 1

Dah namanya pun artis, kalau tak jadi bualan mulut netizen tu memang tak sahlah kiranya.

Ramai yang mengecam, kerana M. Nasir dilihat tidak ramah atau seolah-olah tak boleh blend in dengan dua pengacara yang gila-gila.

Ditanya sepatah, maka sepatah jugalah dijawabnya.

Tak kurang yang berhati jahat, ada juga yang menuduh sifu sedang high dan sudah nyanyuk — selain ada yang mempersoalkan kewajaran seorang individu berstatus legenda dijemput menghadiri rancangan hiburan santai seperti itu.

Nasir 9

Nasir 5

Namun di tengah-tengah lautan kutukan itu, ramai juga yang defend dan ‘faham benar’ dengan sifat bersahaja M. Nasir yang tidak suka menjawab berjela mengenai perkara-perkara remeh.

Setiap tutur katanya, sama ada direct to the point dan tidak diperpanjang menjadi sesuatu yang tiada isi atau penuh kiasan mendalam.

M. Nasir menurut penggemarnya, adalah orang yang sarat dengan wisdom dan memang hanya ada satu dalam sejuta.

Nasir 3

Nasir 1

Nasir 6

 

Dan perkara ini, turut diakui seorang rakan artis yang juga sudah lama makan garam dalam industri.

Nasir 2

Selain ada yang terhibur sampai berdekah menonton temuramah tersebut, ada juga dalam kalangan netizen yang terkesan dengan kata-kata sifu.

Bagi sesetengah orang, apa yang dicakapkan M. Nasir mungkin dianggap omong kosong — sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri je kan?

Tapi bagi yang memang betul-betul mengidolakan sifu, ada hikmah yang boleh diambil dari tutur katanya.

Nasir 4

Nasir 7 1

Okay jugak once in a while kita jemput orang macam ni dalam show yang menjadi tontonan rakyat kebanyakan kan sebab bukan selalu kita dapat lihat pemikir hebat ni muncul di kaca tv.

Apa pun, the whole show memang best ditonton — sifu pun pandai berjenaka sampai penonton berdekah tak ingat dunia.

Dan terpulang kepada setiap individulah untuk beri komen dan reaksi masing-masing selepas menonton ye.

Walaupun dah berusia, otai masih berbisa okay! Kalau korang belum tengok lagi, tak payah pergi jauh-jauh — klik je sini.

 

Baca: “KOYA DIVA LAH KAU!” – Penaja Belon Untuk Set MELETOP Panas Hati Dengan Perangai Neelofa Sebab…

Letop

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.