in

Ramai Jatuh Hati Dengan Matanya, Tapi ‘Peminat’ Kecewa Lepas Lelaki Ini Dedahkan Wajah Sebenar

Ft Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah dengar tak pepatah dari mata turun ke hati? Haa sebenarnya pepatah tu datangnya daripada pantun empat kerat yang diakhiri dengan ‘dari mana datangnya sayang, dari mata turun ke hati’.


Mata kan perkara pertama yang kita tatap apabila bersua muka dengan orang lain, dan kadang-kadang dari mata ni dah boleh bayangkan betapa ‘sejuknya’ wajah seseorang ni. Eh iya ke..

Tapi macam lain je kes lelaki ni. Lelaki ini yang dikenali dengan nama Dao Thuc dan mempunyai seramai 7 juta pengikut di laman sosial Tik Tok. Level-level Beyonce ke ni?

 

Capture 1

 

Hasil daripada postingnya, dia berjaya mendapatkan ramai peminat yang rata-ratanya terdiri daripada wanita dek kerana tenungan matanya yang ala-ala jejaka Korea tu.

Apa yang lebih menarik hati lagi ialah, Dao Thuc sering memuatnaik wajahnya dalam keadaan memakai pelitup muka, menjadikan peminatnya lebih tertanya-tanya akan wajah sebenar lelaki itu. Kan Covid sekarang, elok la dia pakai mask tu…

Penampilan misterinya itu membuatkan ramai ‘peminatnya’ tertanya-tanya akan rupa sebenar lelaki itu selain mendesak Dao Thuc untuk mendedahkan wajahnya.

Walaubagaimanapun menerusi perkongsian @rayncua ini, macam lain pula endingnya.

@rayncua

Ternyata masker bisa buat orang cakep | Ig:@rayncua #trending #tiktokpintar #samasamabelajar #fyp #tiktoktainment #tiktokscarynight

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

 

Membuat keputusan berani mati, Dao Thuc akhirnya menunjukkan wajahnya di live stream, namun wajah sebenarnya ternyata sedikit berbeza daripada gambar yang dikongsikannya itu.

Lebih kejam lagi, ada netizen yang ambil gambar-gambar Dao Thuc secara sembunyi-sembunyi sewaktu dia berada di tempat awam. Entah betul ke tidak tu muka dia kau ambil tu…

Macam mana pun rupa orang tu, yang penting adalah sikap dan perangainyakan. Lepas ni janganlah letak harapan tinggi sangat dekat orang yang pakai mask ni, bak kata Allahyarham Sudirman dari kerana mata yang mempunyai kuasa. Oh, aku tergoda. Aku tergoda terkecewa~~

 

Baca : Dia lilit leher 3 kali dan lompat!- Kanak-Kanak Hampir Mati Tiru Aksi Gantung Diri Lepas Tonton Video di TikTok

Jack Ma 1

Sumber: Tik Tok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.