in

Ramai Wanita ‘Back Up’ Lelaki Ini Sebab ‘Handsome’ Walaupun Dah Langgar Ibu & Anak

Feature 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kini, viral pula di TikTok dimana ramai pengguna wanita di platform itu menyokong seorang pesalah yang telah melanggar seorang wanita dan bayi yang sedang melintas hanya kerana lelaki tersebut mempunyai wajah yang agak kacak. Sedih bila tengok video stroller baby tu. 


@ask_tk

يارب يخففون عقوبته #cameronherrin

♬ الصوت الأصلي – cameron herrin

Sebelum ini, videonya berada di mahkamah telah tular di media sosial sebab ramai yang kata lelaki ini handsome. Kemalangan itu telah berlaku di Tampa, Florida, Amerika Syarikat pada tahun 2018.

Gd 5

Untuk pengetahuan anda, pesalah tersebut ialah Cameron Herrin yang berusia 21 tahun. Dia telah melanggar ibu dan anak yang baru berusia setahun tersebut ketika dia dikatakan sedang berlumba haram dengan memandu kereta Mustang yang dihadiahkan oleh keluarganya selepas berjaya menamatkan persekolahan, lapor Tampa Bay Times.

Gd 6

Difahamkan, Cameron telah didapati bersalah dan dia juga telah dijatuhkan hukuman penjara selama 24 tahun. Namun, yang menarik perhatian adalah apabila rata-rata wanita di TikTok telah menyuarakan sokongan mereka kepada lelaki itu.

Korang boleh baca sendiri komen-komen wanita yang support pesalah ni.

Gd 3

Ada juga antara mereka yang menyifatkan Cameron Herrin itu macam watak bad boy dalam filem dan novel terutamanya di Wattpad. Selain itu, ada juga yang kata lelaki ini juga berhak untuk mendapatkan peluang kedua kerana kemalangan itu berlaku ketika dia masih remaja.

Namun, rata-rata netizen lain di Twitter berpendapat wanita-wanita ini tak sepatutnya menyokong pesalah sebab gara-gara tindakannya pada ketika itu, dua nyawa berharga telah melayang.

Gd 4

Apa pendapat korang tentang isu ini? 

Sumber: Tampa Bay Times, Twitter

Baca: “Kalau laki buat kene cop gila seks”- [VIDEO] Netizen Kecam Gadis Buat Video Prank, Pergi Dekat Lelaki Nak Peluk

Gd 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.