in

Ramai Penyokong Piala Dunia 2022 Cadang Jual Balik Tiket, Dakwa Penginapan Bermasalah Termasuk Banjir Air Kumbahan?

Fifa 2022 Penginapan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Segelintir peminat bola sepak dari Australia yang datang ke Qatar bagi menyaksikan kejohanan Piala Dunia FIFA 2022 bercadang mahu meninggalkan negara itu awal susulan dakwaan pelbagai masalah dengan tempat penginapan.


Sei 135067068 D9F1 E1669383246866

Menurut Metro, beberapa peminat berkata, mereka perlu tunggu selama berjam-jam di barisan bagi mendapatkan tempat penginapan. Pun begitu, sebaik diberikan akses, mereka mendakwa ada tempat penginapan yang mengalami kebocoran tangki kumbahan dan ketiadaan air panas.

Sei 135067000 B81C E1669441058123

Masalah terbabit telah dilaporkan di beberapa perkampungan penginapan termasuklah Free Zone Fan Village, Barwa Barahat Al Janoub Housing Unit, Fan Village Cabins Zafaran dan Saffron Fan Village.

Menurut beberapa pengunjung, pihak bertanggungjawab sudah dimaklumkan mengenai isu berkenaan namun belum ada tindakan yang diambil berkemungkinan berpunca daripada lambakan aduan daripada pengunjung lain.

Sei 135067251 B522

“Kami menginap di Baraw Village dan apartment kami dibanjiri air kumbahan dua hari berturut-turut. Mereka (pihak pengurusan) berkata ia sudah dibetulkan dan akan menghantar pekerja pembersihan tapi ayat sama juga diulang mereka semalam dan ia masih lagi terjadi,” kata seorang pengunjung.

Difahamkan, beberapa pengunjung yang tidak berpuas hati dengan servis yang diterima bercadang untuk menjual semula tiket mereka dan pulang lebih awal ke negara asal. Ada juga yang memilih untuk mencari penginapan sendiri.

Dalam pada itu, Qatari Supreme Committee dalam satu kenyataannya menyalahkan insiden terbabit pada kecuaian pemilik dan operator.

“Sesetengah unit penginapan tidak memenuhi standard yang telah diiklankan kepada peminat. Masalah ini akan segera ditangani. Peminat yang terjejas boleh mendapatkan pulangan wang penuh semula dan penginapan baharu akan ditetapkan tanpa caj tambahan,” katanya.

 

Sumber: Metro

Baca: [VIDEO] Bayar Hampir RM1,000 Semalam, Peminat Marah Tempat Penginapan Piala Dunia Macam ‘Kotak Kasut’

World Cup Fan Village E1669438789651

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.