Hari ini ramai yang terkejut dengan berita pemergian pelawak popular, Abam daripada kumpulan Bocey yang meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin.
Rata-rata ramai tidak percaya dengan berita pemergian abam dan terasa kehilangan sebutir permata dalam industri hiburan tanah air.
Menerusi beberapa video yang dikongsikan rakan artis dan platform media lain, kelihatan orang berpusu-pusu memberikan penghormatan terakhir buat arwah Abam.
“Ramai sayang kau bam. Semoga tenang disana. @abam_bocik“
https://www.instagram.com/p/B8XwsDVJRRI/
Malah menerusi instagram sinar, rakan artis Altimet turut tidak dapat menahan sebak selain meminta semua untuk mendoakan Allahyarham.
https://www.instagram.com/p/B8Xz6MDH857/
Lebih mengharukan, dapat dilihat ramai yang datang nak tengok jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan.
Insan ini dikenali sebagai penghibur yang dalam suka dan dukanya tetap memberi keceriaan kepada semua tanpa mengenal usia.
Orang ramai berpusu-pusu beri penghormatan terakhir buat abam bocey
Orang baik semua sayang kan? Al fatihah untuk arwah Abam Bocey.