Zaman sekarang ni, kita memang betul-betul bergantung dengan GPS untuk pergi ke mana-mana. Antara aplikasi yang paling banyak digunakan adalah Waze dan Google Maps.
Waze lebih menjadi pilihan majoriti ekoran ramai boleh detect sekiranya ada polis atau kemalangan. Pun begitu, baru-baru ni ramai orang yang kongsi pengalaman seram yang dorang alami bila gunakan Waze sampai buatkan dorang terus uninstall. Uish, apa yang seram sangat tu?
Kisah #1: Lalu jalan terputus
Seorang pengguna Twitter telah kongsikan yang Waze telah membawanya ke jalan yang sempit dan gelap. Lepas 8km, jalan yang dilaluinya itu tiba-tiba terputus dan dekat depan tu macam ada gaung dan air. Alamak, nasib baik perasan!
Jalan rally, terima kasih Waze. Kau memang biul. Jalan kandang babi kau suruh aku lalu. Dah la sempit, gelap. Tak ada manusia. Lepas 8 km aku redah, tetiba jalan mcm dah putus – mcm ada gaung.
Rupanya … pic.twitter.com/nqMPZTz8AI
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) March 5, 2023
Untuk pengetahuan korang, gambar dekat atas ni terletak di Kampung Teratai dan menurut orang yang komen di sini, jalan di sana memang jarang orang lalu dan hanya orang-orang kampung sana je yang berani.
Kisah #2: Jumpa kakak cantik
Cerita gadis ni lagi seram ya… Katanya kejadian berlaku di Kampung Bukit Jong, Temiang di Seremban.
Menurutnya, dia sedang memandu pulang dari rumah teman lelakinya. Biasanya, bila dia lalu highway Lekas, gadis ini akan keluar ke exit Seremban/Sentul. Tapi pada malam itu, Waze berulang kali menyuruhnya untuk belok kiri.
Selepas tiba di satu simpang, Waze tiba-tiba loading dan mati sebelum minta gadis ini untuk belok kiri.
Aku ni banyak baca org pengalaman dgn waze sampai sesat kat kubur lah apa lah. Ini kali aku kena beb. Dah masuk lorong tu mcm ada kampung lah kat situ. And dia suruh aku terus je. Masa terus tu aku perasan ada mcm bukit tinggi curam nak mati. Kete aku manual tak lepas naik tau!
Masa elok turun tu, lampu tu pergi hala kat pokok2 tu. Jantung aku nak tercabut weh kakak cantik tengah lepak situ. Ya Allah terus aku buat2 pandang side mirror, takut terlanggar tiang lampu pulak kang. Aku fikir time tu nak je aku mati enjin pastu terus buat2 pengsan.”
Alamak seramnyaaaaaaaa
Kisah #3: Hantu melintas
Banyak kali dah la malam pulak tu aku byk kali kene scamm dgan waze dia bg laluan dalam yg kosong xde org as pengalaman sendiri pernah lalu jalan kosong tiba² ada hantu kt jalan tu tp aku x sedar aku da rekod bg kawan aku n dia nampak baru prasan ada hantu melintas kt jalan tu… https://t.co/CoPZfdyBk2 pic.twitter.com/mwMIdn047f
— ᧁׁɑׁׅ֮ ꩇׁׅ݊ᨵׁׅ℘hׁׅ֮ᨵׁׅϐׁׅ֒ꪱׁׅɑׁׅ֮ 🇲🇾🫀🇵🇸 (@Gamofobhia) August 1, 2022
Kisah #4: Lalu kubur cina
Dalam banyak-banyak pengalaman, ramai juga orang share Waze bawak dorang ke kubur tau!
Kenapa selalu sangat orang kena ni? Hantu-hantu sekarang memang dah advance ke?
Baca: “Cari lain, jumpa lain” – [VIDEO] Minyak Kereta Nak Habis, Waze Bawa Ke ‘Pejabat’ Pula