Ramai orang yang kata dia gila sebab pakai pakaian Lolita yang tak sesuai dengan umurnya. Pun begitu, ada juga yang kagum sebab setiap hari dia tak pernah pakai baju sama, ada je baju cantik-cantik yang akan dia gayakan.
Begitulah kisah ‘Puteri Jalan Anfu’, jolokan nama yang diberikan kepada seorang wanita 50an yang sering menggayakan dress Lolita di khayalak ramai. Meskipun identiti wanita itu masih lagi misteri, dia kini mempunyai peminatnya sendiri yang rata-rata kagum dengan pakaiannya.
Oddity Central melaporkan, kisah ‘Puteri Jalan Anfu’ mula tular selepas gambarnya memakai dress Lolita dimuat naik ke media sosial China. Walaupun ramai yang memuji tindakan beraninya, ada juga yang mengecam dan menggelarnya gila kerana berpakaian tak sesuai dengan usia.
Don’t judge a book by its cover
Kalau korang nak tahu, rupanya ada kisah disebalik karakter ‘Puteri Jalan Anfu’ ini. Media tempatan melaporkan, rupanya wanita berkenaan sedang menderita masalah kesihatan yang kronik dan rawatan yang sedang dijalaninya mengakibatkan rambutnya mula gugur dan berat badannya naik dengan mendadak.
Jelas wanita terbabit yang enggan dikenali, pemakaian dress Lolita yang digayakannya adalah sebagai satu cara untuk dirinya keluar daripada kemurungan. Rupanya, sejak dari muda, wanita ini memang minat dengan fesyen terbabit dan mula menghasilkan sendiri semua pakaiannya gara-gara sukar untuk mencari saiz.
Pendedahan sebenar disebalik gaya fesyennya yang unik menjadikan ‘Puteri Jalan Anfu’ ini semakin disukai ramai. Rata-rata pengguna media sosial pula memuji dan kagum dengan keberaniannya selain menyelar tindakan mereka yang mengecam wanita itu tanpa usul periksa.
Sumber: Oddity Central