in

“Rahsiakan kalau tak nak sakit berlarutan” – Bomoh Rogol Remaja 15 Tahun Konon Untuk Buang ‘Hantu Tempayan’

Collage 53

Tahu nak ambil kesempatan je!

Semalam, seorang bomoh berusia 34 tahun telah ditahan selepas disyaki merogol remaja perempuan berusia 15 tahun di sebatang anak sungai di Batang Baleh, Kapit, Sarawak.

Menurut Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superitendan Freddy Bian, ibu mangsa telah membuat laporan polis pada jam 1.30 tengah hari Sabtu lalu, lapor Harian Metro.

Anak diganggu hantu tempayan

Bomoh 1024X535 1

Dikatakan, pada Khamis lalu, ibu ini telah membawa anak perempuannya berjumpa dengan bomoh tersebut selepas mengesyaki anaknya diganggu oleh hantu tempayan.

Bomoh ini kemudiannya membawa ibu tersebut, anaknya serta dua kawannya ke sebatang anak sungai dengan menggunakan perahu.

Sejurus tiba di lokasi, bomoh tersebut telah melakukan upacara miring dan bebiau disaksikan oleh ibunya sebelum mangsa di bawa ke bahagian hulu sungai bagi tujuan mengeluarkan hantu dari badan.

“Rahsiakan kalau tak nak sakit berlarutan”

Miring

Semasa upacara membuang hantu itu, anaknya dirogol oleh bomoh. Bomoh menyatakan kepada anaknya supaya tidak menceritakan perkara itu kerana nanti penyakitnya tidak akan sembuh.”

Selepas semuanya “selesai”, ibu dan anak ini pulang dan tiba di rumah pada jam 2 pagi. Setibanya di rumah, mangsa telah ceritakan semua yang berlaku kepada ibunya.

“Suspek direman selama tujuh hari mulai semalam hingga 2 Januari depan untuk membantu siasatan.

“Mangsa dibawa ke hospital Sibu untuk pemeriksaan pakar.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

 

Baca: “Saya minta izin nak…” – Jijik! Pengamal Perubatan Islam Gatal Ambil Kesempatan Cabul Pesakit

Screenshot 2020 12 30 At 5.02.58 Pm