Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Rafizi Ramli telah mencadangkan kepada kerajaan untuk menetapkan umur persekolahan berakhir pada usia 16 tahun.
Menurutnya, umur seawal itu akan memberi peluang kepada golongan tersebut untuk menyertai dunia pekerjaan pada usia yang lebih muda.
Sekolah mesti berakhir lebih awal pada umur 16 tahun kerana satu, kita negara menua.
“Keduanya, supaya anak-anak kita dapat mula menyertai sektor pekerjaan dengan lebih awal pada umur 21 tahun,” kata Rafizi ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, semalam.
Mengulas tentang pembentangan RMK13 yang dikatakan tidak menumpukan aspek ekonomi dan projek pembangunan, Rafizi berkata perkara itu sudah pun diberikan tumpuan sebelum ini pada tahun 2023 dan 2024.
Artikel berkaitan: “Selamat maju jaya Rafizi” – PMX Nyatakan Tak Perlu Rombak Kementerian Ekonomi
Artikel berkaitan: Kerajaan Bakal Hapuskan Pengkelasan B40, M40 & T20 Tahun Depan – Rafizi Ramli
Untuk RMK13, kerajaan menurutnya menumpukan aspek pendidikan kerana menyifatkan sektor tersebut penting untuk pembangunan masa depan negara.
Antara yang diberi perhatian soal perkhidmatan pendidikan prasekolah yang universal membabitkan kanak-kanak seawal usia 5 tahun.
“Sebenarnya ini diperlukan kerana mengambil kira ‘garbage in garbage out’ kalau kanak-kanak tidak dididik dengan baik. Pada umur yang potensi perkembangan mereka baik pada umur lima ke sembilan tahun.
“Bila mereka masuk Darjah Satu dan Darjah Lima, buatlah macam mana pun. Mereka telah pun ketinggalan. Negara-negara lain menghabiskan sumber semasa pendidikan awal bukan masa universiti, Tingkatan 1 dan sebagainya.
“Sebab itu, kalau tengok dalam RMK13 kita tak letak angka pun, berapa bilion dan sebagainya. Tetapi komitmen untuk menyediakan pendidikan prasekolah secara universal,” jelasnya.
Katanya lagi, sesiapa pun yang menjadi kerajaan selepas ini, mestilah membuat keutamaan untuk memastikan sekolah seluruh negara dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun mesti mampu memberikan perkhidmatan prasekolah yang universal kepada semua.
Korang setuju tak dengan cadangan Rafizi ini?
Sumber: Berita Harian